Friday, March 15, 2013

Sakit Tekak KETAWA...



Pepatah mengatakan “Tawa adalah penawar segala duka.”. Jika benar, persembahan Lawak Ke Der 2 ini adalah penawar terbaik. ‘Lawak Ke, Der? 2’adalah satu persembahan pentas berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara iaitu Nabil, Boboi, Jozan serta Harith Iskander. Ia diarahkan oleh penerbit/pengarah/pelakon terkenal, Hans Isaac dan filem ini akan mencatat sejarah di mana ia merupakan persembahan teater pertama yang dibawakan ke pawagam. Nabil iaitu juara rancangan Raja Lawak musim kedua merupakan pengacara untuk persembahan Lawak Ke Der 2 ini. Nabil adalah antara segelintir pelawak yang menggunakan pendekatan ‘stand-up comedy’ dan bukan sketsa seperti pelawak yang lain. Tak salah kalau dikatakan Nabil merupakan stand up comedian berbahasa Malaysia paling popular. Dua sahabat berbakat iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik juga menyertai rancangan ‘MaharajaLawak Mega’ dan berjaya meraih tempat kedua. Duo ini dikenali sebagai Boboi. Keserasian antara Afdlin dan Harun akan membuatkan anda lupa sebentar tentang segala kebimbangan. Jozan juga adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair. Gabungan dua peserta rancangan realiti ‘Raja Lawak’musim pertama ini sering saja menghiburkan kita. Tak kira berlawak secara duo atau solo, aksi Johan dan Zizan tidak pernah gagal untuk menghiburkan. Digelar sebagai ‘The King of Malaysian Comedy’, persembahan Harith Iskander harus dikategorikan sebagai persembahan ‘wajib tonton’. Bagi yang sedang berduka, inilah penawar anda. Bagi yang tidak berduka, mencegah lebih baik merawat, bukan? 

Kesah tengah hari tadi lunch..dapat jua layan dis movie dengan my fwen Yanz..
Oklah..besh tapi tak berapa besh pasal depa tak original macam dalam wayang filem..gambar yang dah di copy story daripada Istana Budaya. So samar-samar ler.. bagus jugek pasal gambar pelawak camera kasi dekat. Kalau tak memang nahas ler dok tengok tapi dok komplen belakang.

Busu ingin naa nak jumpa dengan pelawak JOZAN. Bila lah rezeki dapat jumpa depa tu..Afdlin Shauki dah pernah jumpa pasal tengok CUCI-CUCI MUSIKAL..

Untuk pelawak Harun Salim Bachik Dan Harith Iskander tak jumpa lagi pun tak apa. Kalau terjumpa senyumm je laa ek..

Tapi ingin naaaa nak jumpa...

;;;;

;;;


JOZANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN....

Sedih apabila JOZAN menyanyikan lagu SAHABAT.

Busu sanagt terharu..dan sedih..kuo ayaq mata Ku..sedey laa..SAHABAT sejati tuu

If nak tau nape sedih korang tengok laa dis movie..

Kompem terbaekkk..

Cauuu...




No comments: