Wednesday, November 18, 2015

MULA JOIN FUN RUN 2015

As salammualaikum...

Part 1 - 4K Vaisakhi Fun Run, Padang Merbok.

Wow...lamanya ai menyepikan diri. Kesibukan diri dan kerja serta aktiviti luar dah sampai lupa nak post-post cerita terkini dalam my blog ai. Aduhh rasa sayang plak dah lama meninggalkan cerita yang ai lalui. Pelbagai hal dan aktiviti yang ai bikin. Bila tengok blog orang, tau plak jelez. Dah tu nape tak bikin kan. Dah nak sampai penghujung tahun 2015. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi ai peluang dan ruang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Banyak yang dapat di lalui dan cerita menarik serta dapat menikmati lagi keindahan ciptaan Allah SWT. Syukur ke hadrat Mu Ya Rahim..engkau lah maha penyayang, pengasih, pemberi nikmat. Okey bermulanya rini ai nak cerita pasal memula ai join Fun Run. Wallah rupanya besh gile Fun Run ni. Dapat menyihatkan badan. Dapat mendisplinkan diri. Dapat kenalan baru. Dapat sijil dan medal. Dapat pengalaman. Ai nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Angkat ai. Bro Zahari Razak. Beliau laa yang rajin memasuki acara Fun Run. Perghh medal n sijil jangan cakap laa ntah bape gobok kot. Aduii..seram dengo, rajin berlari. Tapi kita usaha. Kalau Allah dah tentukan kita sakit, so kita kita redho dan terima dengan hati terbuka. Jangan kesal dan menyesali ye. Hokay.. 1st time ai join Fun Run..tengok laa ek..bermula Bulan Mei. Fun Run yang dianjurkan oleh kaum sikh. Vaisakhi Run yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Daripada sini mula la hati berbunga-bunga dan mencari-cari info. Terus dapat komen daripada Bro Zaha ai, beliau la yang beri info bila ada setiap kali Fun Run yang dianjurkan area KL or memana tempat. Bayaran setiap Fun Run RM30 sahaja. Memang seronok dan besh.




Okey ni pic bersama kengkawan sekolah ai..Zue + Masz + Ayang & Lynn. 4K Vaisakhi Fun Run. Pengalaman pertama berlari sakan aku. Akhirnya kami  di anugerahkan Sijil. Untuk acara ni ai tak dapat medal.


Part 2 - Larian Sehati Sejiwa Anjuran Mybuddies.com
            Padang Merbok, Kuala Lumpur


masa ni kami tak dapat sijil lagi..sebab sijil lom dikeluarkan so kami dapat medal sahaja

muka kepenatan terserlah yer...
geng2 aku ntah mana..pasal aku dah tertinggal kat belakang...
So minta tolong ada soang sis tu amekkan pic aku. 

Kali ni Fun Run kami bertiga sahaja..lebih senang..lebih cepat..lebih berurusan..
lebiu Dato Yam + Datin Ida..

Part 3 - Orchid Fun Run, KLCC

Okey ..yang ni Fun Run anjuran Petronas..Woww memang besh n havoc..apa jua acara Fun Run kami kejo la ni. Janji dapat kepuasan setelah berlari. Yang diadakan pada 10 Oktober 2015. Still kami bertiga lagi. Sebab yang lain-lain masih tidak berkesempatan. So enjoy the pic yaa...