PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, hari ini diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2012/1434H.

Abdul Hamid yang pernah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri (2001 hingga 2009) meninggal dunia pada 23 Disember 2011 selepas diserang penyakit angin ahmar. Berikutan itu, keluarga beliau membawa pulang wang tunai RM100,000, sijil penghargaan, plak dan pingat daripada kerajaan Malaysia. 

Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Maal Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Hadiah itu disampaikan kepada balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Mohd Said.