9.00 MALAM
PJU KOTA DAMANSARA
MAJLIS ISTIMEWA -
KEBAHAGIAN 3 DEKAD DI SINGGAHSANA MAWADDAH WARRAHMAH.
KATA-KATA INI MEMBAWA SEMANGAT PADA AKU, DIKALA KESEDIHAN
Untuk anda yang dikasihi,
Bismillahhirrahmanirrahim. Dengan perasaan kasih dan sayang, saya titipkan bicara agar sudi diterima sempena meraikan tiga dekad usia perkahwinan saya dan suami Tn Hj Ahmad Razali Mustaffa, sempena dua dekad perjuangan saya bersama Zhulian sehingga meraih gelaran Royal Crown Director yang pertama, juga 1 dekad kejayaan agensi Zhulian PJU dinobatkan gelaran Juara antara agensi-agensi Zhulian yang lainnya. Semoga nikmat Allah ini sentiasa menjadikan saya dan suami sebagai hamba -Nya yang tidak leka, alpa dan lupa diri.
Izinkan saya terus menutur bicara moga anda terus sudi untuk membaca. Sesungguhnya apa yang telah tercipta dan terbina berdekad lamanya boleh saya simpulkan dengan beberapa patah perkataan iaitu..CINTA, KASIH DAN SAYANG. Inilah sebenarnya asas perjuangan saya yang akhirnya telah memberi satu pencapaian dalam kehidupan yang tidak pernah terjangka oleh diri sendiri. Sesungguhnya dalam cinta dan kasih sayang di situlah mula timbul dalam diri ingin sentiasa memberi yang terbaik. Terbaik untuk ahli keluarga, terbaik untuk warga agensi PJU, juga terbaik untuk syarikat Zhulian dan seluruh keluarga besarnya. Sesungguhnya dalam cinta dan kasih sayang, disitu ada pengorbanan, ada kesanggupan, ada kesetiaan, ada tolak ansur, faham memahami, ada kemaafan dan pengertian, ada kecewa, luka san kesembuhan. Dalam cinta dan kasih sayang wujud keinginan untuk menggembirakan, ingin membahagiakan, ingin bersama menghadapi apa saja dugaan, berani mempertahankan juga sanggup berhadapan pelbagai rintangan, asalkan dapat terus bersama untuk saling membantu, saling berkongsi rasa, saling sokong menyokong dan saling melakukan kebaikan. Agar menjadi persediaan bagi menikmati keindahan kehidupan di dunia malah juga mudah-mudahan untuk persediaan hari kemudian.
Untuk pengetahuan, ramai yang bertanya ingin menyingkap tabir pengalaman saya. Pengalaman yang sukar dikutip mahupun ingin dititip sebagai pedoman dan panduan. Pengalaman dipagari pelbagai halangan dan cabaran yang tersisip dicelah peristiwa. Ingatan dan penghayatan terhadapnya kadangkala banyak menghampakan dan seringkali pula melakukan. Ada ketikanya takdir Allah menewaskan tadbir manusia. Kita berusaha, merancang, berdoa, namun hasilnya seperti tidak pernah berpadanan. Namun saya bersyukur kerana ilmu dipinjamkan Ilahi menyebabkan saya melihat beribu hikmah di sebalik takdir. Apabila menerima takdir yang baik saya bersyukur dan kebaikan itu bertambah, apabila mendapat takdir ditimpa musibah, saya bersabar dan memohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah dan seringkali musibah itu juga membawa kebaikan dan saya sedar begitulah Allah menunjukkan kasih sayang-Nya kepada kita sebagai hamba-Nya.
Meniti usia perkahwinan pula, peranan sesama kita suami dan isteri amat penting sekali. kasih mengasihi, hormat menghormati, faham memahami dan tolak ansur serta sedia memaafkan antara resepi kebahagian kami. Cinta yang kami miliki tidak meletakkan syarat untuk dikongsi kerana kami bersama amat mengerti sesungguhnya perkahwinan satu nikmat yang agong dari Ilahi, namun ia bukan kontrak sepanjang hayat. Ia perlu dibelai dan dipelihara kerana bayak cabaran dan halangan demi mempertahankannya. Banyak gelombang yang bakal emlanda, sekali sekala taufan pula yang tiba. Namun berkat kesabaran, berbekal kesetiaan dan bijak menguruskan kehangatan cinta, moga usia perkahwinan sampai ke syurga.
Sampai di sini dulu perkongsian daripada saya. Semoga dapat dipetik beberapa petua kalau dapat dijadikan panduan. mana yang baik diambil segera, mana yang tidak baik dibuang saja. Doa saya untuk anda semoga Allah memperkenankan apa saja doa anda dalam melayari hidup berumahtangga, juga dalam perjuangan anda membina kejayaan dan kecemerlangan bersama Zhulian.
Akhir kata, tersilap bicara saya susun sepuluh jari memohon ampun. Sampai disini, izinkan saya mengundur diri. Moga dilain kali, ketemu lagi. Wassalam.
Saya kepilkan bersama sebuah doa dan harapan untuk anda renungkan dan dijadikan bekalan...
DOA SEORANG ISTERI
Ya Allah, Rabb yang memiliki segenap alam
Perkenankan permohonan hamba Mu bergelar isteri....
Jika suamiku ini adalah pilihan Mu di arasy,
Berilah aku kekuatan dan keuakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang membimbing tanganku ini dititian Mu,
Kurniakanlah aku sifat-sifat kasih dan redha atas perbuatanya.
Jika suamiku ini bidadara untukku di jannah Mu....
Limpahkan lah aku dengan sifat-sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suamiku ini yang terbaik untukku di dunia Mu....
Peliharalah tingkah laku dan kata-kataku daripada menyakiti perasaanya.
Jika suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati oleh Mu....
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.
Ya Rabb,
Teguhkanlah ikatan jodoh kami..
Bersama limpahan dan kurniaan kasih sayang Mu..
Yang berkekalan di dunia hingga kehidupan di akhirat nanti.
Salam kasih sayang,
Daripada,
Royal Crown Director
Puan Hajah Ramlah Binti Abu Bakar
RAM 26 November 2012

No comments:
Post a Comment