Owh..pagi ni akO bangun seperti nak pergi kerja. Jam 5.00 pagi dah terngiang-ngian my samseng akO. Aduhhh liatnye nak bangun..Trus matikan. Tetiba terjaga dah jam 6.00 pagi. Mak aiii kelam kelibut ler. Hah baru tau.
6.45 akO kuar umah. Terus g opis. Siap park Bumble B akO. Huh..smpi terus mamam nasi lemak.Lauk ayam + telo rebus sebelah + sambal + timun + kacang n bilis..hebat kenyang tak..
7.30 pagi - kami Team SPR gerak ke Pusat Konvesyen, Dewan Plenary PICC. Dapat tempat duduk depan sekali.Ermm tapi ako tak geng dengan Team SPR untuk pakai baju kurung KElabu itu. Pasal macam dah saong nangka skit.Opss..opsss..opaa..Ako pakai baju korong kale pinky..
8.00 - 8.30 - pergh mata ku mulai nak pejam. Layan fb + Instagram gambo-gambo yang ada + men games last sekali.
9.00 pagi - Fuh acara bermula dengan bacaan Doa + nyanyian lagu NEGARAKU + Ucapan oleh Dato Jamil Khir + dan last sekali PM kite berucap dan merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1434 Masihi di PICC ini.
PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, hari ini diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2012/1434H.
Abdul Hamid yang pernah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri (2001 hingga 2009) meninggal dunia pada 23 Disember 2011 selepas diserang penyakit angin ahmar. Berikutan itu, keluarga beliau membawa pulang wang tunai RM100,000, sijil penghargaan, plak dan pingat daripada kerajaan Malaysia.
Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Maal Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.
Hadiah itu disampaikan kepada balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Mohd Said.
No comments:
Post a Comment