Tuesday, December 3, 2013

JIRAN LAMA

Alhamdulillah..
Jemputan Majlis perkahwinan pada 1 Disember 2013, yang telah diadakan di Kampung Melayu Subang Tambahan. Terima Kasih kepada Tuan rumah Encik Kamal & Puan Linda. Beliau ini adalah jiran lama kami di Kampung Sungai Udang, Segambut. Haa Dulu NB pernah tinggal di belakang jalan Kuching. Dulu jalan Kuching popular gilers dengan Tol nye yang sangat sesak dan padat. Mana taknya banyak sangat kenderaan lalu situ. Lauan utama nak ke bandar Kuala Lumpur. Ini adalah kenduri pertama kali yang telah diadakan. Anak sulong beliau lelaki. Dulu masa kecik-kecik Ibu la yang jaga. Puas jugek akO puntal telinge beliau. La nii dah nak jadi abah orang dah. Dah berumah tangga. Alhamdulillah sampai JODOH nya kawen ler ye dak. Pengantin sangat comey. Sepasang biru muda yang segar mata melihat. Cantik. Pelamin dan meja makan beradap pun cantik. Biru + Putih.


Inilah psangan pengantin. 
Semoga Ayie dan isteri berkekalan hingga ke ahir hayat.


Pasangan berbaju biru adalah tuan rumah. Tuan Kamal askar pencen dan Puan Linda Guru Tadika. Anak angkat IBu..dan pasangan berbaju pink Puan Zaharah dan Tuan Muhayan beliau berdua ahli perniagaan kereta VoLVo. Anak angkat ibu jugek.

Ni Unty Faridah asal Kedah. Jiran ako d Segambut kampung Sungai Udang. Rumah kami berhadapan aje. Saat dok di Kampung Sungai Udang sering kali menghadapi banjir. So kami sama-sama bertungkus lumus le jawabnnya.. Sekarang Unty buat catering. Dah pencen kerja Kilang. Di bawah ni anak dara beliau. satu-satunya anak dara tunggal. 2 orang anak lelaki beliau pun dah besau-besau. Sekarang Adik ni masih belajar di Politeknik PD.




Yeayy...Cicit bertemu Moyang..itu digelarkan kepada Ibu laa. Ako lak dah jadi nenek engko. Wahh nenek gaya gitu. Alhamdulillah dapat gurl anak kepada kazen akO. So cucu saudara la nih. Cucu akO sendiri dah ada 3 orang..campoq yang si kecik nih ompek laaa...ondek..dah besau-besau ek..Alhamdulillah...








1 comment:

Raihan said...

cantiknya colour baju pengantin...