Thursday, August 14, 2014

Guardians of the Galaxy TRAILER 2 (2014) -



Alhamdulillah...

Kami seperti biasa lah..Perancangan kami berdua memang la last minit. Seumpama..nak berak baru korek lobang. Perghhh ayat..manyak busuk. Sebenonya semalam NB berpuasa sunat syawal. Bermulalah hari pertama. Untuk hutang puasa dah langsai. Alhamdulillah. Seawal Syawal NB telah habiskan dengan secepat mungkin. Perlulah ada sikap sebegitu, kalau ikutkan sangat sikap MALAZ..memang sampai menjelang RAmadhan baru nak mula bikin ganti Pose...no..no..no..tak elok gitu. Lupakan pangai lama ek. Berubah lah sedikit demi sedikit. Betui dak. Peringat diri sendiri jugek. Ok semalam dok pusing jugek nak berbuka puasa di mana. Syukur MamaOya peneman setia, sanggop tu berbuka sekali. Tak sanggop nak mam dulu. Hormati orang berpuasa katanya. Hokay dapat seround kami tawaf. Lastly kami berbuka puasa di KennyRogers..wahhh NB ler tingin nak mam macaroni cheese. Wahhh sedap nyee..Dah rasa kat hujung lidah. So amek ayaq paneh jak. Mam sket je, kompem dalam panggong nanti nak nguyah apa-apa yang patut kan. So lepas berbuka, Ako tingin plak nak minum Cha-Time. Beli. Tapi untuk akO soang aje. MamaOya kenyang katanya dah mam peha ayam. Ermm kalau tak habis awak ni jugek yang akan perabeh kan. Betui tak.

Wow..untuk dis movie. Kak Long akO dah siap kasi info. Memang besh giler. Sikap setiakawan yang ada dalam 5 watak tu sangat menyentuh hati. Takde laa sampai NB lelehkan ayaq mata. Cuma kuaq ayaq mata , pasal geli hati benau. Punye laa kelakau. Sonok beb. RAsanya nak tengok lagik je. Tupun nak tengok pada mulanya bercatu gak. Dan berbelah bagi konon nak tengok. Bila dah tengok trailer pun sakan punye seronok. Terus ler Oya beli tiket d hujung jari sahaja. So kami dapat seat tempat biasa. Sangat memuaskan. Untuk dis movie ai kasik 10 bintang laaa..




Lepas kami menonton..kami lepak di Kota Warisan. Kebetulan nak cari kertas warna Lelys, untuk dibawa ke sekolah. Ishhh akO memang marah benau dengan Princess akO. Lambat nak nak info untuk dibawa apa ke sekolah. Kelam kabot ler nak cari memalam nih. Sib bek kedai itu mamak ada juai..segulung RM1..janji dapat dan ada.. Tu pic ayat NestlO..tahap kebosanan sebenonya..dok kami mengobroL..dekat jam 1.00 pagi jawabnya. Janji yang kat umah tau dah kami kemana pergi. So untuk bangun sahor pada hari Khamis...babai ler. So tak pose laa..

No comments: