Wednesday, December 10, 2014

MUSTIKA RATU UNTUK IBU

Syampoo Merang..khas untuk ketombe ( ketombe bahasa indonesia yakni kelimumur ). Pertama kali ai mencuba syampoo merang ini. Bau yang sangat soft aje. Dengan buih yang banyak, tapi rambut menjadi sedikit keras. Ai nak tengok lama mana bertahan nya Syampoo Merang ini dan ketombe ai. 
Setakat ini dah pakai 2 kali..kepala pun tidak gatal  sudah.

Keinginan Ibu telah terlaksana, setelah ai membelikan Ibu pelembat dan krim siang malam. Mana taknya dah lama Ibu idamkan bahan-bahan untuk menempek di pipi gebuss Ibu tu. Tak hengat-hengatt Ibu nak pakek Novelles Vissage..ntah betui ke idok ejaan tu. Krim pencerah dan cantik yang Arwah Sosilawati bikin tu. Adoiiii bila ai nak belikan ajeee...kelain sudah RM nya. Dan asal ada RM sampai kedai aje..krim tersebut dah habisss..So bengang laa IBu. Asal nak beli ajee takde dan dah habiss. Kebetulan di opis ai ada jualan. Mustika Ratu ada datang. So rezeki Ibu laa memakek brand Mustika Ratu. Takde laa mahai mana benau Busu dapat belikan untuk ibu. Beli 3 barang ini sahaja, dapat paper beg. Haahahah memang itu yang dinantikan. Comel dan sweet kan paper beg nih. i Likesssssssssss...Sebelah gambar kopi dan sebelah lagi gambar betik. Alhamdulillah Ibu suka..





No comments: