Friday, June 29, 2012
BFF Date Lunch
Yup..hari ini dating Lunch secara mengejut ye.Wahh COTI PANJANG BEB..pergh macam ayat filem KL Gangster ajok.Huhuh windu nye kat ko Pit.Alhamdulilah enko pun dah bertambah sihat ye.Net doakan cepat sembuh lagi.Jangan dah lama tak jumpa tetibe peknen lagi. Ehh pe salahnye ye dak..Opuss...bahaya ayat ni..kang kena pelangkong akO. Oh yeah..kita janji nak tengok Movie.Last minit nye Hal xjadi ek.Baik kita berdua ngobrol-ngobrol udah.Lagipun dah lama benau kita tak chat chit..chit chat kan..kan..
Alhamdulilah persahabatan kita bertambah maju dan diredhai oleh ALLAH SWT. bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kite hitam putih.Auwww.Pit ko kalau nak gelak..gelak kuat-kuat sket ek..Bior putus lagi urat-urat yang ada.sO besh kan dah lama tak jumpa.Tapi asik laa nak bercerita kesah si Sang halimunan dan Si Gondol tu kan.Ermm memang sampai kiamat laa tak habez kan.Tuhan maha kaya Pit.Biorlah kan.
Erm tadi akO memang lupe sakan nak begamBo.Memandangkan dah berbual bagai nak rak.
Xpela kan..Bukan Nye tak jumpe lagi.
Insya allah.
berterima kasih Jua.Kerana enko dapat juak membeli produk hamba.
Txs Pit..
Sedap kan makan d Noodle Station.Sowi la kengkawan seme.Pic xdan nak hambek.
Thursday, June 28, 2012
Jangkitan Kuman
21 Jun 2012..
Khamis..
Chek up bulanan Prince Naqiebs..
Chek up bulanan Ibu - darah tinggi..
Buyen cuci luka..
Princess Naylies batok-batok teruk..tu yg g klinik juga.
Malam je panas.Panas sampai tuala yang dibasahkan sekejap ajee dah sejuk.Tak dan laa air kat tuala tu nak meleleh.Cepat noo kering.Bibir Princes kering.Nak minum air kosong banyak.Alhamdulilah ler kat umah ako pakai penapis air ZHulian.Ecewahh bukan nak promote ye..Tapi nak war-warkan aje.Air mineral.Sejuk je.Siap ako mandikan Princes dengan air mineral Zhulian.Alhamdulilah lega katanya.Badan panas.Tapi princes bagitau sangat sejuk.Itu la pasal paginye ke klinik untuk chek up.
Ako dah telah uruskan si adik.Nak tunggu misi panggil nama kita.Perghhh jenuh sey.Si adik daripada sego naik letih budak tu.Dengan demam suam-suam kuku, dengan batok cekeng-cekeng..ako lak naik gimas.Ibu jumpa doc jugak.Perghh masa-masa ni laa nak naik darah je.Hangin beb.Itulah org dok cite.Klinik gomen gini la gayanye.Semua lambat.Ako pun tak paham ler.Pasal apa.DOc lak bukan nye gamai beno nak chek up.Dengan ibu-ibu ngandong lagi.Adeyy..memang paneh beb.KU tahan juak.
Bengang ler kalau nak bercerita kesah akO d kLinik.Ecewah..Bole gitu.Selesai sudah kes adik.Ako menunggu lak kes My princes..Aik..akO tengok dok ulang alik lagi c Buyen dengan Princes Nye.PEsal lak ni.Pahal lak.Ahhh..mula la aku nak hangin sket.Ibu dah control Ayu kt ako.Jap lom settle lagi.Papa siap tunjuk tangan shuh..suh akO diam.pastu terus ajak ako ke kereta.Katanya dah settle.Dalam kereta.Papa bilang kena anto Princes ke Hospital Putrajaya.Untuk tindakan selanjutnya.Aikk..Bole gitu..Ada tindakan lanjut lak tu.Princess dapat surat doc daripada Klinik Salak untuk di rujuk ke Hospital Putrajaya.Adui.Inilah sebenarnya yang akO tak mau.Mula lah fikiran tu macam-macam timbul.Doc di Klinik Salak bagitau.X ray rosak.Tu yang harus dirujuk ke hospital Putrajaya.Takot ada jangkitan kuman.Takot..Takot..perkatan doc tu..adeii..dOc baru kua belajaq ka?..Kompem baru keluaq Mengaji.Orang Kedah habaq mai Keluaq menagji tu habez belajaq.Ermm..harus la terima kenyataan.Sememangnye telah ditakdirkan.Elok-elok ako nak datang kerja petang.Lantas tergendala juga.Kerana nak anto ke Hospital pulak.Buyen lak nak bergerak banyak tak bole lagi.Luka d kaki masih belum sembuh.
Kaunter Pendaftaran..Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya
Memang tak namapak orang lalu lalang.Tapi belakang akO ni hah..jenuh orang menunggu je.Bole gitu..kata Kecemasan tapi Lemmm juak..
Tengok la My Princes sampai tertido menunggu Doc.Ako sampai di Hospital Putrajaya jam 2.00 petang.Doc panggil masuk dalam kul 2.30 ptg.Doc chek up dada Princes.Ada bunyi.harus amek gas.TEruk katanya.Doc.Aster.Cun la awek cino ni.Putih gebu.macam Melayu.Sangat baik dan beretika.Lepas masuk bilik Doc.TErus masuk ke dalam bilik untuk amek gas.Papa tunggu luar.Papa kesian agaknyetengok ako.Kesana kemari.Tapi kesian lagi kat papa.Papa tak larat nak jalan.Papa dah jadi Capek.Ohhh..
Lepas amek gas.Princes Sedey cam nak nangis.Doc Ashikin lak yang handle.Doc suh g X ray nak chek paru-paru Princes.Aduii..Bole gitu.So kami pergi pula ke bilik Xray.Kat bilik Xray..alhamdulilah x ramai orang sangat..hanya ada 4 orang untuk buat Xray.Ala lagipun bilik banyak kan.Masuk bilik Xray.Princes kena buka baju.Pasal nak Xray dada.Princes malu pasal Misi lelaki.Mumy.mumy tunggu kakak ek.Terus cakap camtu.Puan kena masuk bilik belakang tu Puan.Misi lelaki itu berkata-kata.Baiklah dek.Lepas Xray terus ke bilik doc balik.Sejam berlalu..Mak aii nape la bebudak ni tak bagitau lepas Xray harus la tunggu 1 jam untuk jawapan.perghhh jenuh wey tunggu.Nenek kat umah dah banyak kali kol.Tanya kabo c Princes.Ako tak sabo tnya la kat Misi jantan tu.Hah ayat dah nampak no marah.Aa Puan tunggu Doc panggil.Memang 1 jam deh.perghh Orgg kelantan gitu.Baik lah.X berapa lama kemudian.Doc panggil.Masuk,Dah Doc lain pulak.Ako lupa nak tanya nama Doc tu.Baik manis melayu n Gurl.Maaf Puan.Lama menunggu.memang buat Xray 1 jam.Saya dah teliti.memang ada sikit JANGKITAN KUMAN.Aduii sebak ako dengor.Tapi Puan.tidak ebrapa teruk Puan jangan riso.paru-Paru ok semua..cuma memang ada sket d jangkiti kuman.Saya rasa elok kena ambil darah pula.Hah..terkejut berok akO.Udah le tunggu jawapan Xray lama.Ok..ok..camni Puan.Ambil darah tak lama sebenarnya.Cuma mesin di Hospital ni kebetulan rosak lak.Yang ujian cepat tu rosak.So yang ada mesin manual lambat sket.Hah lambat sket 1 jam jugek ako menunggu.So nak taknak harus tunggu juak.1 jam lagi jawapan untuk keputusan darah.
..Inilah My Princess setelah d ambil darah.
Keputusan darah ok sangat-sangat..tapi tahap kuarantin.Harus di jaga d umah sajok.Tak jadi masuk wad.Antibiotik 2 botol harus d habiskan.Ubat demam + cair kahak + selsema.Itu sahaja.So takat ni baru habiz 1 botoi.Tunggu keputusan lagi 1 botoi.Barulah tau cerita selanjutnya.
TErima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesembuhan url saya ye..
Muahh semua.
Minggu Sakit
Puteri putera Ku..
Cahayamata yang tiada ternilainye.Kurniaan Ilahi yang sungguh bermakna buat diriku n hubyKu.Ya allah suka nye akO.GembiranYe akO.Sepasang dah tu.Rezeki allah.Insya allah akan ku bentuk.Akan ku bimbing.Akan ku jaga.Akan ku limpahkan kasih sayang yang tidak terhingga.Entahla tak tahu macam mana, bagaimana, akan ku luahkan segalanya.Sayang..dan sangat-sangat bersyukur kerana mereka berdua ini ada yang menjaga dan mendidik sambilan..hahahah dah tentu la Nenek mereka.Ako bangga la dapat memiliki harta yang sungguh bernilai ini.
Ya ampun..
Sembuhkanlah mereka daripada penyakit demam + batok yang berterusan.Baru 2 orang.Jika difikirkan mereka-mereka yang memiliki harta yang lebih daripada 2 orang..macam mana la mereka tu handle ek.Lagi-lagi kembo.Aduii dalam hati memang niat nak baby kembo.Ni baru sakit 2 org mula dah pening.Pusing pale weyy.
Bulan lepas sampai la ke bulan ini.Ako dihujani dengan Cuti Kecemasan.Cuti sakit Awam & Cuti Sakit Swasta dah jadi rakan seperjuangan.Itu la kerja nye.Asik coti mengejut.Nak buat macam mana ye.Dah anak sakit.Kita pun bukan nye kita tau Bile kita nak MATI. Kadang-kadang manusia ini tak mo memahami atau amek berat pasal keluarga.Depa fikir sakit anto hospital.Ye betui kalau akO laa..Kalau..Kalau bukan kalau macam mana nak cerita pasal kalau ek.Kalau ada $..RMRMRMRMRMRMRM banyak tak payah cerita la.Terus ajee akO ke Hospital bayo.Dah tentu-tentu mahal dan terus berjalan lanco.Ini rezeki tahap yang mampu.Jadi moralnye..Bos-bos , pegawai-pegawai, dan kakitangan Awam sekelian.Harus la faham ye.Keluarga kena la diutamakan.Entah la bukan ler ako ni pandai no nak habaq mai.Tapi kalau dah sakit harus la FAHAM ye.
Nak dijadikan cerita pulak.Si Princess dapat demam + batok.Tapi yang memeningkan kepala ialah batoknye tu.TErlalu teruk.Sampai la muntah-muntah.Nak bercakap pun tak bole.BAtok.Cuba la bayangkan kita ni yang dewasa batok pun payah nak cakap, nak gerak kemana-mana.Takot tetibe tersedak.Terus batok terkencing-kencing.Inikan budak kecil.
Khamis 21 Jun 2012
Jam 9.00 temujanji di Klinik Kesihatan Salak Tinggi.
Ako bawak Naqieb untuk pemeriksaan 1 tahun.Hari itu juga nak kasik injit 1 tahun.Ha hambek ko.Elok-elok dah sihat.Harus la kena injit jugak.Untuk kesihatan juga.Punya la c Naqieb keraskan badannya.Dah tau dah nak kena injit.Haa cuttttttttttttttt...sekali 3 dos skali masuk dalam badan my Prince.Hambek ko.Injit d tepi bahagian bahu.Dulu bole la kat peha yang gebu-gebu itu.Masa ni pun Naqieb tak berapa sihat jugak.Baru je baik dari demam.Misi bagitau..selepas injit ni demam akan tiba 3 hari lepas injit.Gitu ko.Haa memang betui pun..lepas 3 hari.Terus demam n batok berterusan hingga la ke saat ini.
Princess d ambil darah..alaaa sakit nye cam org beranak jee..tak kasi bukak tampalan itu..ermm bole gitu..
Pipi Prince nampak susut..ermmm camne mumy nak cium gigit-gigit nih..takpe asalkan adik sihat ye..Insya allah..
Wednesday, June 20, 2012
Jalan Kembali Kenny Rogers
Hari ini..ako mula kerja.Daripada isnin ako MC.
Dengan Princess demam teruk.Dengan buyen XCDEn.Aduhhh bisa gugur jantung gue deh. Pusing kepala Ibuk.Tapi diterima dengan redha deh.Kadang kala akO buntu sik.
Ermm..hari ini ako menolong adeq akO ke Pos opis.
Lantas seperti biasa die kepengen makan Duda dia.Mr Kenny Rogers.
Wahh sangat enak bila tiap kali dibelanja orang ye dak.Makan FOC.Sape takmo ye dak.
Tapi akO bukan lah semata-mata nak d belanjakan.Ako sememangnye IKHLasss ye menolong.
No Kompromi..
No sabotaj..
Or apa-apa ajeee..
Itu ajee..
ya allah kenyang bangat deh..hingga sangat akO menaip kata-kata cerita hikmat ini.
Bole gitu.malaz la nak cerita panjang lebo.Dengan keadaan opis yang teramat hangat + bising.No idea nak taip ayat-ayat yg teramat indah.Kompem kang menaip ayat-ayat yang sen C tep ajork.Kang ada gak terasa hati.
layanz je la pic-pic saya ye..
Ice Blended Mocha + Ice Blended Stobewi...
Roses Chicken Salad..
KN Oriental Chic...meaL yang terbaru..yummy..rasa suittt Sawee gitu..
Diucapkan berjuta terima kasih kpd Adeq Zety.Kerana masuk kali ini dah 2 kali membelanja akk Ko yang Havoc ini.
TEruk nyeee BoBoc..makan banyak meh..
Nasib BUyen
18 Jun 2012
12.00 tengah hari
Di rumah..akO sedang bermain-main dengan Adam..My Princess sedang membaca buku.Ponteng sekolah katanye.Demam terlalu panas pada malamnya.Siang hari di ikuti dengan batok2 yang sangat teruk.Aduh si kakak pulak yang last kena demam + batok.
Dengar deruman LC white Papa masuk perkarangan rumah.Ehhh..dah balik.Awalnya.Cepatnya.
Princess menggelejat keriangan.Sakan membaca.Terus ke pintu depan umah.Buka pintu.masih tak perasan lagi si kakak.Kendian ako tengok Papa masuk pelan-pelan.Aikk nape papa nih.
Tergamam..
TErkejut..
Terpaku..
Terkedu..
Aduhh Bole gitu..habez rabak suar slack Buyen.Dari peha sampai ke bawah lutut.
Hah..PAPA nape?...
Lantas Ibu akO terus menjerit..
"Ya allah ko nape Yen?..jatoh kat mana?..
Ermm sempoi giler je Buyen jwb..Jatoh moto.Takde apa-apa lah..sket je.Aikk..ako cakap punya la rabak suar tu kata xde apa2?...Ermm dah berbendes dah..Kompem r luka teruk.
Ye la kita ni berhati-hati macam mana pun.Kalau perkara nak terjadi.TEtap akak terjadi.Tak payah la nak elak atau apa.Kompem terjadi punya.Memang dah ketentuan Ilahi.
Buyen ku mengelak daripada melanggar lori.Dari jauh dah nampak kon-kon yang terhidang di jalan raya itu.Jam menunjukkan waktu 6.00 pagi.Berhadapan dengan Wisma Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya.Menuju ke rumah Miss Chin.Rumah Miss Chin d TTDi. Damansara.Berhadapan dengan TV3, katanya.Bos Buyen Ku.Dari awal rumah 5.00 pagi.Ye la dah nasib bak kata orang.Dah boleh jadi pepatah pulak ek.Kira bernasib baik lagi.Kalau..kalau guna perkataan kalau itu.memang bole la elak.Ye tak?.
Alhamdulillah..Bos Buyen sangat memahami.Walaupun bukan sebangsa n seagama.Beliau cukup memahami.Kalau nak guna perkataan Melayu ini juga.Dapat Bos mElayu.Belum tentu tnya kabo n datang menjengah..ye dak..Alaa gua berani potong Kuku la beb.Kompem punye.Bole di bilang Bos Melayu yang terlalu BAIK + tidak berkira.
Mumy doakan Papa cepat sembuh..muahh..
Wednesday, June 13, 2012
Pelbagai DUgaan
As.salam..
Buat semua peminat setia akO or pembaca setia Blog akO.Haahaa bole gitu..ada ke peminat setia n pembaca setia.Entah-entah pembenci setia n pengkhianat setia yang banyak.Tak pela laa lantak laa ler enko nak buat hape pung.Ako tak rugi meh.Ako suke ajer.Ako sebenarnya baru naik kerja.Mana idoknye 1 family kecuali mY Buyen..Die sangat kuat antibodi.Tak kena lagi demam + batok + selsema.Tapi kalau dah d serang..naya..akO lagi teruk.Pasal my Kids semua nak dgn PAPA la.
Bulan lepas..bulan Mei..bulan yang paling teruk bagi akO.Fuhh dengan kedatangan lambat melebihi 6 hari.Dengan My Prince sakit.Dengan Ibu sakit.Dengan akO sendiri sakit.Ako pun PELIK laa..nak kata BOS faham ke tak faham or buat2 tak Faham pasal keadaan akO dan masalah yang akO hadapi sekarang.Untuk pengetahuan semua..Bos dulu walaupun dia Kerek + Cernge ( ulasan perkataan utk garang la )+ sombonk..die tetap panggil akO.Die tetap tnya apa masalah akO.Entahla..ako memang x seronok kerja d SPR ni.Dengan Bos SUb yang peel gitu.Pelik akO.TImbalan takdela lebeh2 gitu.Bukan la akO ni nak mengaku RAJIn buek Kojo. Tapi akO menjawab kerana akO tidak bersalah dan tidak buat benda yang tidak betul. Bulan ini juga akO di duga dengan dugaan n cubaan hidup yang amat sakit.Bagi akO la.Ako d cabar dengan paling terang sekali.Ako menjual kuih yang d goreng.ADa juga hamba aLlah menjual kuih.Ako tak marah.Ako tak dengki.Ako tak sakit hati.Tapi cara hamba itu seperti hendak menganiaya akO jew..Entahlah memang dah takde rezeki akO untuk berniaga kuih muih kot.Tapi cam nampak sangat ako lak yang menghalang jualan hamba itu.Orang itu menjual minuman pek.Ako bole je tanya die.Bole tak akO pun nak menjual.Lantas orang itu menjawab ok je.Seikhlasnye akO rase.Pasal tengok dari raub wajahnye.Tidak tahu la d dalam hati. Tuhan maha mengetahui.Kiranya akO meminta izin juga.Sudahnye ako bawak balik je pek minuman ako itu dan kuih muih..akO malaz dah nak menjual.Lagipun menjual Kuih n minuman pek ada jUGEK org amek tak bayo.BOle gitu.Dugaan betui.Macam mana la org2 yang berniaga beso-beso gitu ek.Yang buka restoran semua tu. yang berniaga pao malam.Ntah r..Penat nk pikiaq.Pasal dah ada hamba aLlah menjual.Buat apa akO nak potong trip lagi.Betui tak? Insya aLlah rezeki die pulak.Tapi sememangnya ALhadmulilah lah.Ako menjual kuih tu lepas la minyak kereta n susu Kids. AKo tak kesah lah.REzeki lain pulak datang.Rezeki baru datang lagi mencurah..sangat sujud syukur.Di datangani dengan pelbagai dugaan Kids sakit + ako sakit macam2 kan.Tapi Ako redha la dengan ketentuan Ilahi.Ako pun dah takde hati nak Layanz orang2 sekeliling yang suka bermuka-muka.lagi-lagi Bos tu suka naa cakap ala-ala Tarbiah.Ala-ala kesopanan dan kesusilaan.PadahaL...sendiri tidak mencermin kan kesinaran..Bole gitu..
Tuhan sahaja yang membalas perbuatan engko.Allah MAHa mengetahui..aMin..
Subscribe to:
Posts (Atom)