Wednesday, January 23, 2013

KADANG KALA


kadang2 aku bosan dengan sikap nih..
Kadang2 aku bole terima apa yg orang kata..
kadang2 orang tak reti nak pujuk kite..
kadang2 aku terlebih kata dengan diri aku sendiri dan juga dengan pada orang lain..
Kadang2 kite tolong orang tapi orang tak HARGAI apa yang dah kite LAKUKAN..
Penat nak cite hal orang kalau ada orang yang sakitkan hati kite..
Kite punya lah Jaga baik hati kawan2..pun tak dihargai juga sifat kite..



HOLIDAY SARAWAK

OPSS..
Maaf kengkawan yang masih menunggu cerita-ceriti Busu. yang semakin hangat kew..Hahah untuk awal-awal tahun Busu n family udah bercoti-coti. Wahh sangat gempak..memandangkan cuti Busu ambil adalah CUTI LEBIH MASA. So sangat teruja nak ke TANAH SARAWAK.
 
Yolaa Busu tak pernah sedetik pun nak teruja ke sana. Memandangkan ini adalah pelawaan Abg Ipo. Kami tempah ler tiket AirAsia seawal mungkin daripada tahun 2012.Jadinye berangkat untuk ke sana..pada 5 Januari 2013 hinggalah sampai jemu dok sana 9 Januari 2013. Busu dan family terbanglah ke tanah Sarawak. Tapi keadaan tak berapa selesa dalam AirAsia itu..yela kan tempat sempit..murah meme r..kalau mahai n terbaekk len la kan. Yang Busu kalot tu pasal si Prince la. Memang tak bisa dok diam. Beliau buat kapey tu macam kat umah ruang tamu depan tV lak..Hadoi hadap je laa. Busu sian je kat Buyen. Beliau yang penat kesana kemari..
 
Lihat lah beliau..nak jugek dok dengan Nenek Azizah. Busu, Buyen N Ibu kali ke2..My kids pes time nek kapey..nampak cam peraK beno kew..idok leee...bebudak gitu la ek..Dah memain sakan..Lapo laa pulakk. Busu pun tak tau..My akk Ipo booking siap dengan makanan sekali. patut la Busu pun peyut cam dah lapo. Ada bauuu je nose tuu..Soo Busu dapat mamam Nasi Ayam..depa semua mamam nasi Beriani..
 
 

 

 
 gelagat my Kids...macam d umah lak dibuatnye..membaca laa konon si Naqib..
Banyaknye nak bercerita.Xtau la nak mulakan daripada mana. Masalahnye My Blog ni nak masuk pic dah payah. Banyak step pulak. Takpela layanzkan ini dulu nye cerita ek..
 

Wednesday, January 16, 2013

Kembali Ke LAMAN CERDIK

Sangat mencabar kesabaran Busu & Buyen untuk membesarkan 2 orang anak Busu. Alhamdulillah Busu dikurniakan sepasang cahayamata yang comel-comel. Yang cerdik. Yang nakal. Yang celoteh melebihi Busu gamaknya. Genaplah si Princess Naylies 6 tahun. Busu sekolahkan beliau daripada bayi lagi. Asyik bercakap aje dengan Naylies. Bior beliau tahu yang Mumy beliau memang kaki cakap. Kaki bebel..( untuk kebaikan beliau jugek ). Kaki terjerit-jerit. Tapi kalau bab memukul tu kurrrengg le. Haa sebut R tu dalam-dalam sikit. Macam Lisa Surrihani sebut huruf R. Hahahah..memandai je ek.
 
Naylies bersekolah seusia 4 tahun. Alhamdulillah..sampai ke hari ini Naylies bersungguh-sungguh mencuba memperbaiki diri beliau. Busu sangat-sangat bersyukur Naylies tidaklah selambat yang disangka. Ibu mana yang tidak mahu setiap anak malas + tidak mahu membaca + tidak rajin menolong di rumah. Busu seawal usia Naylies mencecah 4 tahun. Kerahkan beliau membuat dan mengajar beliau. Bior beliau tahu..bukan senang untuk jadi senang.
 
Kembali balik ke Tadikan Laman Cerdik. Dulu Naylies masuk di Presint 9 Putrajaya. Usia 5 tahun berhenti pindah ke Tadika Bonda di depan umah. Hujung tahun sebelum raya tahun 2011 Naylies ke Tadika belakang umah pulak. Tadika Ceria Alam. Banyak hal yang tadika nya. Bukan budaknya yang bermasalah. Alhamdulillah juga nasib baik Naylies bole membaca dengan cepat dan mengaji Iqra 4. Setakat ini. Kerna seawal usia 3 tahun..nenek Naylies sudah terapkan membaca dan mengenal huruf Jawi. Sangat cepat. Alhamdulillah.
 
6 tahun sudah Naylies. Rasanya seperti baru melahirkan beliau. Dengan putih gebus. Rambut cacak-cacak. Bulat je wajah beliau. Memang seusia mudanya Naylies dalam perut. Busu dah berangan-angan nak kan baby gurl. Ya ALLAH bersyukur sangat di atas nikmat dan kurniaan Mu Ya Allah. Busu dan beliau sihat. Walaupun beliau dilahirkan secara Czer. Inilah baby Czer. Baby yang banyak ragamnya. Naylies telah dituliskan oleh-Nya dari seusia 6 bulan hingga lah ke usia 4 tahun Sawan Tangis. Ya allah..hanya kepadaMu Busu n Buyen berserah. Kami tiga beranak..Ibu.. Buyen dan Busu sering bertugas di waktu puncak. Mula jam 12 tengah malam hinggalah ke dinihari Subuh jam 5 pagi. Naylies tidak berhenti nangis. Tanpa air mata. berguling-guling. Merengek-rengek. Tertunduk-tunduk nangis.Puas la mencari penawar..sampai orang yang ke10..yakni kazen akO yang dapat menyembuhkan Naylies daripada sawan tangis. Dengan berkat Ilahi jugek. Bukannya berharap kepada beliau kazen ku saje.Dengan izinNya jugek kennn..


Bermulanya hari ini juga..Naylies naik van sekolah. Ya ampun merata Busu cari Van sekolah. Tapi alhamdulillah Nora Pit banyak bantu. Beliau bagi no fon jiran beliau. Yang seorang pemandu Van sekolah.

Comelnye anak gadis Mumy ni..Mumy doakan kakak rajin belajar..sihat walafiat..jaga adik..wokey..

 
 
 
 

Friday, January 4, 2013

jENGOK 2013

Alhamdulillah..
Nyawa masih dipanjangkan sehingga ke hari ini. ALhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi. Dengan limpah kurnia dan nikmat yang ALLAH SWT berikan kepada Busu n keluarga semoga dirahmati dan diberkati ke akhir hayat.
 
Oooiii mak aii banyak yang Busu nak ceritakan dalam BlogBusu ni. Tapi tiada kesempatan yang menemani diri Busu. Banyak hal dan terlalu bz. Dengan sakitnya..dengan berniaga nya..dengan kerjanya..Owhhh tak dapek nak nolong doo.. perkataan akO diganti pula dengan kata diri Busu. Rasa di tahun baru baru ni Konolah berazam lebih baik lagi. Sebaik-baik yang mungkin dan boleh ye. Busu cuba nak ubah diri dan peel dan perangai dan cakap kuat laa konon ( outspoken yang digelarkan oleh Bos Busu ) dan nak menolong orang-orang yang susah dan nak bersedekah dan nak memberi selalu. Insya allahhhhhhh.....
 
Selamat datang tahun baru 2013. Tahun yang sangat mencabar untuk diri Busu. Untuk merebut segala harta akhirat dan dunia. Segala yang diperuntukkan oleh-Nya haruslah kita mempertaruhkan dengan segera. Busu akan mencuba yang terbaik dan terbaik untuk menjaga suami dan anak-anak. Untuk menjaga Ibu tersayang. Dan Keluarga Busu yang Busu amat rindui. Adik beradik Busu 3 orang semuanya jauh-jauh belaka. Jadi kita harus lah merapatkan lagi silaturrahim antara kita adik beradik dan sebelah suami Busu.

Sebenarnya hujung bulan Disember 2012 aritu Busu bercoti-coti Msia le konon. Busu balik JB. Melawat KakLong Busu yang telah ditimpa musibah. Jatuh sakit secara tiba-tiba. Paru-paru berair. Ya ALLAH..bila Busu dengo.  Trenggg...terus tingat Arwah Ayah Busu. Ditimpa sakit yang sama. Batuk berterusan. Keadaan KakLong Busu semakin sembuh. Bila dapat berita KakLong dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bharu. Busu terkedu. Busu buntu. Macam mana la keadaan KakLong. Secepat mana pun Busu harus fly ke Jb itu. Macam mana? Kalau dekat jangan kata la.Alhamdulillah..sangat-sangat bersyukur KakLong berkampung di Hospital Sultan Ismail selama 3 ari aje. Busu pun sekeluarga terus ke JB. Bawak lah segala produk Mis Zhulian Busu untuk diberikan kepada KakLong. Supaya insya allah dengan berkat pemberian daripada Busu. Dapatlah KakLong sihat seperti sediakala. Cadangan kepada KakLong. Busu kasi makan Byoung Maintenance + Pelapik Tilam + Beyong Water. Alhamdulillah..

Selepas menikmati berita kesedihan. Busu bergembira menyambut Hari Lahir si Buyen Busu le. Haa kami sekeluarga mamam-mamam angin ke Kota Singa.

Wokeyla nantikan kesah-kesah menarik dalam tahun baru ini..

Salam semua..