Sangat mencabar kesabaran Busu & Buyen untuk membesarkan 2 orang anak Busu. Alhamdulillah Busu dikurniakan sepasang cahayamata yang comel-comel. Yang cerdik. Yang nakal. Yang celoteh melebihi Busu gamaknya. Genaplah si Princess Naylies 6 tahun. Busu sekolahkan beliau daripada bayi lagi. Asyik bercakap aje dengan Naylies. Bior beliau tahu yang Mumy beliau memang kaki cakap. Kaki bebel..( untuk kebaikan beliau jugek ). Kaki terjerit-jerit. Tapi kalau bab memukul tu kurrrengg le. Haa sebut R tu dalam-dalam sikit. Macam Lisa Surrihani sebut huruf R. Hahahah..memandai je ek.
Naylies bersekolah seusia 4 tahun. Alhamdulillah..sampai ke hari ini Naylies bersungguh-sungguh mencuba memperbaiki diri beliau. Busu sangat-sangat bersyukur Naylies tidaklah selambat yang disangka. Ibu mana yang tidak mahu setiap anak malas + tidak mahu membaca + tidak rajin menolong di rumah. Busu seawal usia Naylies mencecah 4 tahun. Kerahkan beliau membuat dan mengajar beliau. Bior beliau tahu..bukan senang untuk jadi senang.
Kembali balik ke Tadikan Laman Cerdik. Dulu Naylies masuk di Presint 9 Putrajaya. Usia 5 tahun berhenti pindah ke Tadika Bonda di depan umah. Hujung tahun sebelum raya tahun 2011 Naylies ke Tadika belakang umah pulak. Tadika Ceria Alam. Banyak hal yang tadika nya. Bukan budaknya yang bermasalah. Alhamdulillah juga nasib baik Naylies bole membaca dengan cepat dan mengaji Iqra 4. Setakat ini. Kerna seawal usia 3 tahun..nenek Naylies sudah terapkan membaca dan mengenal huruf Jawi. Sangat cepat. Alhamdulillah.
6 tahun sudah Naylies. Rasanya seperti baru melahirkan beliau. Dengan putih gebus. Rambut cacak-cacak. Bulat je wajah beliau. Memang seusia mudanya Naylies dalam perut. Busu dah berangan-angan nak kan baby gurl. Ya ALLAH bersyukur sangat di atas nikmat dan kurniaan Mu Ya Allah. Busu dan beliau sihat. Walaupun beliau dilahirkan secara Czer. Inilah baby Czer. Baby yang banyak ragamnya. Naylies telah dituliskan oleh-Nya dari seusia 6 bulan hingga lah ke usia 4 tahun Sawan Tangis. Ya allah..hanya kepadaMu Busu n Buyen berserah. Kami tiga beranak..Ibu.. Buyen dan Busu sering bertugas di waktu puncak. Mula jam 12 tengah malam hinggalah ke dinihari Subuh jam 5 pagi. Naylies tidak berhenti nangis. Tanpa air mata. berguling-guling. Merengek-rengek. Tertunduk-tunduk nangis.Puas la mencari penawar..sampai orang yang ke10..yakni kazen akO yang dapat menyembuhkan Naylies daripada sawan tangis. Dengan berkat Ilahi jugek. Bukannya berharap kepada beliau kazen ku saje.Dengan izinNya jugek kennn..
Bermulanya hari ini juga..Naylies naik van sekolah. Ya ampun merata Busu cari Van sekolah. Tapi alhamdulillah Nora Pit banyak bantu. Beliau bagi no fon jiran beliau. Yang seorang pemandu Van sekolah.
Comelnye anak gadis Mumy ni..Mumy doakan kakak rajin belajar..sihat walafiat..jaga adik..wokey..
Bermulanya hari ini juga..Naylies naik van sekolah. Ya ampun merata Busu cari Van sekolah. Tapi alhamdulillah Nora Pit banyak bantu. Beliau bagi no fon jiran beliau. Yang seorang pemandu Van sekolah.
Comelnye anak gadis Mumy ni..Mumy doakan kakak rajin belajar..sihat walafiat..jaga adik..wokey..
No comments:
Post a Comment