Friday, August 23, 2013

LEBARAN AIDILFITRI 2013

As salammualaikum Semua..
Owhh..kalian semua tertunggu-tunggu ke coretan NB. Aduii konon ek. Ni semua POYOOO. Al maklum ler. Sangat bz dan sangat tak sihat. Daripada sebelum raya hinggalah lepas raya, pergh sakan ko, NB raya. Sampaikan sakit-sakit gitu. Lepas satu masalah ke 2 3 masalah. Bole gitu ek. Ok  NB..akan cincai boncai rini untuk mengpost story semasa Aidilfitri. Tak banyak berjalan. Pasal Ibu NB pun tak berapa sihat. So nunggu kalian manusia datang ke rumah aje. Banyak sangat nak coret, tapi tidak berkesempatan jugek. Gambo jangan cakap ler dah full nak letak. Cuma post dalam Fb aje. Ala beraya biasa-biasa aje. Syukur alhamdulillah. Dan sangat bersyukur apabila NB beraya sakan rini. Takde makna untuk sakan. Kojo banyak. Tapi settle jugek cepat. Puasa ganti last day semalam. Tu yang rini epy sakan. Ingatkan tadi kalau tak pose 6. Tapi dah kelewatan bangun. Ngantok semalam ada lagi rini. Tapi enggak mau lak lelap mata ni.

Raya 1
NB menyiapkan apa yang patut untuk dimakan pada pagi raya yang berkat ini. Suasana lagu raya dalam rumah sakan. Lepas bermaafan bersama family. Kami makan bersama-sama. Alamak NB tak bergambo bersama family. Pasal dah kalot sangat. Siapkan makanan laa..layan anak-anak, anak-anak buah dan macam-macam lagi la. Menu pada pagi raya tersebut adalah..Lemang + Rendang Tok + Nasi Impit + Air Teh Tarik + Air Kopi O + Rendang Ayam + Satey Goreng + Kuih muih. Kami sefamily memilih tema Kelabu + hitam putih gitu. NB pun tak sempat mencari  baju raya. Tahun ni malaz lak rasanya. Khaskan untuk anak-anak aje. Biorlah lah mereka rasa kemeriahan raya pada tahun ni. Seakan-akan sama udah. Meriah lagi apabila KakLong Abang Long Ipo + Heyqal , Family Alang Khalid , Family Bob Khalil dan sedihnya apabila Angah Sharif tak dapat pulang beraya. Memang dah janji nak balik, last minit lak duty dilemparkan. Perghh sayu ajee.. Siap dah Rendang Tok disimpan untuk dibawa pulang. So kami family ni memang tiap tahun tak pernah yang cukup ada aje kerja. So redha je la. Alhamdulillah masih berjumpa lagi kann.


Wif Princess NB...kami cam kontra kann..padahal cari baju sama dah tak dan..Pes time NB pakek tudung FAREEDA ori nok..tercungap ler nak membeli..Nak comey kannn..


Prince Sama Papa baju sedondon..pasal depa ni lelaki sonang nak cari kann..

Prince dengan Mumy..buek lawak lak Prince dengan kacamata Papa ..


My Family Kak Long..soang tak cukup pasal bekerja di hari raya..Si hatta ler..

Wahhh meriah tak NB bersama anak-anak buah princess...yang belakang saje lee kan..

Sebahagian Family Buyen. Wahh ni baru suku. Kalau semua hadir kompem NB buek Khemah nok..suke..


No comments: