Wednesday, March 26, 2014

Need for Speed Official Trailer #2 (HD) Aaron Paul



Ako dah nonton dis movie..
AkO kasik 10 bintang..sangat besh dan masih terngiang -ngiang di tinge akO ...Soundtrack lagu untuk dis Movie pun besh..Di nyanyikan oleh Linkin park. Pergh sangat besh..Ako n Maoya, biasa la geng Movie..memang tak terkata maoya..Ako biasa laa..Hero Aaron Paul..Macam boleh jadi pengganti Paul Walker..GUa takbik springg pada u TObY MarshaLL.. Hope ada sambungan dis movie..

"Roads Untraveled"

Weep not for roads untraveled
Weep not for paths left alone
'Cause beyond every bend
Is a long blinding end
It's the worst kind of pain
I've known

Give up your heart left broken
And let that mistake pass on
'Cause the love that you lost
Wasn't worth what it cost
And in time you'll be glad it's gone

Woah-oo-oh-oh
Woah-oo-ohh
Woah-oo-oh-oh
Woah-oo-ohh

Weep not for roads untraveled
Weep not for sights unseen
May your love never end
And if you need a friend
There's a seat here alongside me

Woah-oo-oh-oh
Woah-oo-ohh
Woah-oo-oh-oh
Woah-oo-ohh



My Princess Naylies 7years Old



22 Mac 2014 ( Sabtu )
7 tahun sudah My Princess Naylies Safura. Dari hari ke hari beliau membilang harijadinya. Sayu je untuk akO melafazkan bahawa, akO tidak dapat menunaikan hasrat beliau, untuk mengadakan acara memotong kek. Hanya nenek aje yang membuat kek choclate kukus untuk My Princess. Suka nye tidak terkira. Jadilah daripada takde. So dats sabtu papa banje Princess n kami Dominos aje.. yang kesiannya makan sampai tertido-tido Princess. Xdan Mumy nak snap pic, sambil makan lelap. Bole gitu. Kebetulan memang akO ada kupon Dominos banyak. So kami amek yang 3 pizza aje, cukup la..rejki setakat itu aje. Adik lak mam ayam peha yang comel habiz 2 ketui. So kami take away aje di rumah, lagi selesa.

Kek Pemberian Nenek Azizah..Comey je kann..half dah mam..so jimat sikit takmo tempah-tempah dah Nenek bilang. Nenek bilang Mumy ko kan rajin bikin kek..

Pizza Thin Crust Chicken BBQ..1st time ako rasa..sangat enak ghopenya

Tengok la si Adik Prince sakan mamam peha..

Opss Mumy amek kesempatan ler..Ops aurat rambut nampak sket..adey..mencuba laa

Pizza Hand Tost Chicken..

My Besday gurl Princess..


Jenuh akO mencari jajan untuk dibuat goodies hanya jiran tetangga aje dan kazen yang terdekat..Alhamdulillah rejki Princess. Air kotak ni akO beli di Kedai jajan di Bandar Enstek. 24 kotak berharga RM15.50 brand MARIGOLD. So amek grape & manggo. 

Keropok Tam-Tam perisa chicken sangat sedap dan rangop tak kira lak dalam ada bape peket.. berharga RM8.90

Yess ni memang sedap..Ako beli dengan Mak kawan Naylies di sekolah. Padahal Nayli tak kenai anak die pun. Masa memula sekola, Ako laa yang rajin menegur Dats Mem. Nama die Azie. Azie laa yang rekomen biskut Oat ni. Sedap rangop dan perisa choc. Tapi bias laa si princes aKo ni katanya tak sedap. Tapi suh beli jugek untuk tambahkan dalam beg goodies katanya. Dalam peket beso ni ada peket kecik2 sebanyak 45 pcs. So kalau korang nak order bole je halo-halo akO. RM20 aje.

Kalau bab gini meme rajin sampaikan adik Qibs nak tolong bagi, dihalau terus adik suh kua daripada bilik stor belakang.

Yess ni laa bentuk gayanya biskut oats ini. Comey kan..

Setelah akO masukkan dalam paper beg goodis. Simple n comey kan.

Air kotak + keropok Tam-tam + biskut Oats 2 peket

My memories Princess besday 2014. Kek tu gambaran aje. Hadiah gamba daripada Unty Liza Polis. Teng q. So x dapat makan dapat nengok aje laa..

Friday, March 21, 2014

KETENTUAN KU LIPOMA




10 Mac 2014
Isnin
Hospital Putrajaya
Pembedahan LIPOMA 


Alhamdulillah...
Temujanji dengan Doc sudah berlalu sebulan. Inilah hari yang dinantikan untuk akO melepaskan Lipoma akO di dalam peyut yang selama ni akO tanggong. Peyut yang comel dan gebus. 9 tahun menunggu so telah ditentukan untuk akO menyinkirkan LIPOMA ke luar peyut ku plak. So dengan temujanji dan rawatan yang telah diberikan oleh Doc, so tertunai sudah kehilangan LIPOMA akO. Yup pasti kengkawan tertanya-tanya apa itu LIPOMA kan. Di sini ako sediakan video, sanggop ako cari..sebenonya tak sanggop ako nak lihat, begini lah perut aKO ek..di godek..alamak ngeri sey..tetapi bersyukur laa inilah yang ALLAH SWT telah tentukan untuk akO. Bersabar dan menerima dengan redho. Walaupun tak sakit. Tapi ada hikmah di sebalik itu. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. 2 3 kali akO ulang nengok. Tapi akO x jait. Setelah siap semua akO punya di Gam. Amboi dah macam kertas ek main gam gam ajok.


Sel Lemak Punca Lipoma

BENJOLAN kulit yang muncul di badan, apatah lagi dapat dilihat dengan mata kasar, tentunya membuatkan seseorang individu berasa rendah diri dan tidak yakin. Lebih menakutkan jika benjolan ini muncul di tempat seperti tangan, kaki, bahu dan leher.
Sesetengah pihak berpendapat benjolan ini bahaya dan lebih kepada risiko kanser, namun tidak kurang juga ada yang mengatakan ia tidak bahaya. Sejauh manakah benjolan yang dikenali sebagai lipoma ini memberi impak dalam kehidupan manusia?
Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Zain Al-Rashid menjelaskan, lipoma adalah sejenis ketumbuhan berasal daripada sel lemak dipanggil lipid yang terbentuk oleh tisu adipose yang lazimnya berlaku di antara kulit dan lapisan otot.

Ia tidak berbahaya dan sangat biasa berlaku, yang mana satu hingga dua peratus orang dewasa dinegara ini dilaporkan mengalaminya.
Lipoma dikategorikan sebagai ketumbuhan benigna (tumor bukan barah), tidak merebak atau berbahaya selagi ia tidak berubah menjadi kanser.

“Lipoma jarang memudaratkan dan kemungkinan untuk menjadi kanser hanya 0.05 peratus. Ada perbezaan pendapat mengatakan lipoma punya kapasiti kecil untuk menjadi barah, tetapi sangat jarang, manakala pendapat kedua mengatakan semua lipoma bukan barah.

“Lipoma juga biasanya senang dikesan kerana kebanyakannya berada di bawah kulit dan boleh timbul pada bahagian tubuh, tangan dan kaki serta leher.

“Ia juga boleh berlaku pada kulit kepala, dahi atau di mana saja asalkan ada lapisan tisu adipose,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya, lipoma tidak perlu dibuang dan bergantung kepada keselesaan pesakit. Namun, jika rimas dengan benjolan yang mengganggu penampilan dan bimbang ia melarat walaupun ia bersifat bukan barah, ia boleh dibuang dengan mudah.

“Ketumbuhan lemak boleh berlaku pada semua orang dewasa dan ia jarang terjadi pada kanak-kanak. Sebagaimana ketumbuhan lain, semua orang boleh mendapat lipoma, tetapi orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi. Begitupun, ada juga pesakit di kalangan orang kurus dan ia juga boleh diwarisi.

“Ketumbuhan ini juga unik kerana ia lembut, boleh bergerak (apabila ditekan), tidak melekat pada kulit, tiada simptom dan mengambil masa lama untuk terbentuk.
“Pada amnya, lipoma ada dua bentuk, iaitu bulat dan leper dan saiznya sama seperti duit syiling 20 sen dan 50 sen,” katanya.

Lipoma secara teknikalnya boleh berlaku pada mana-mana kawasan berlemak, termasuk kawasan sekeliling organ seperti buah pinggang dan usus.

Lipoma di bawah kulit tidak menimbulkan masalah, tetapi yang tumbuh di tempat tidak sepatutnya seperti dalam usus, tulang belakang dan hati boleh membawa masalah kerana ia menyebabkannya tersumbat, ulser dan pendarahan.

Ada juga penyakit seperti Sindrom Dercum dan Sindrom Madelung yang dikategorikan sebagai jarang berlaku. Ia boleh dikesan apabila ada banyak tompokan lipoma di serata badan yang biasanya dialami orang minum arak, warga tua dan sering dikaitkan dengan obesiti (tidak semestinya orang gemuk mengalami lipoma tapi boleh mengalami Dercum).

Mereka juga sering mengadu mengalami gejala tidak khusus seperti tidak sihat, pening kepala, sakit perut, mabuk dan sakit sendi yang tiada kena mengena dengan tompokan lemak itu.

“Biasanya pesakit ditumbuhi bukan satu atau dua benjolan lipoma tetapi 20 hingga 30 benjolan. Namun situasi ini jarang berlaku berbanding lipoma biasa yang sering tumbuh di bawah lapisan kulit.

“Penyakit ini juga lebih tertumpu kepada lelaki. Disebabkan ia ketumbuhan biasa di bawah kulit, ramai orang tidak mengambil tahu atau kisah mengenainya.

“Paling penting jika didapati benjolan atau rasa kurang selesa, segera berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan ketumbuhan lemak, sebaliknya petanda penyakit lain. Ketumbuhan lemak mudah dikenal pasti dan boleh ditentukan melalui pemeriksaan fizikal saja,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengenal pasti benjolan itu lipoma atau bukan, pesakit perlu menjalani diagnosis klinikal. Ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI), dilakukan hanya jika lipoma itu menunjukkan tanda luar biasa.

Kes dianggap berbahaya adalah lipoma yang ketika kecilnya tiada sifat radiologikal mencukupi yang menunjukkan ia akan berubah menjadi barah seperti liposarcoma, misalnya yang biasanya mengganggu tempat lain seperti belakang usus dalam badan (sekitar retroperitonial).

Secara umumnya, selagi ia tidak mendatangkan kesakitan atau masalah kesihatan, ketumbuhan lemak ini tidak perlu dibuang.

Namun demikian, keputusan ini tertakluk kepada pilihan setiap individu kerana ramai lebih gemar ketumbuhan lemak dibuang atas faktor kosmetik. Biasanya ia dinasihatkan dibuang jika ukuran garis pusatnya (saiz) melebihi lima sentimeter.

Pembedahan pembuangan ketumbuhan lemak boleh dianggap pembedahan kecil kerana ia membabitkan kaedah bius setempat. Maknanya, pesakit boleh menyaksikan doktor menjalankan pembedahan pembuangan ketulan lemak itu.

Dr Zain turut menasihatkan walaupun tidak berbahaya, lebih baik dibuang kerana jika dibiarkan ia terus membesar. Ketumbuhan ini mungkin boleh menyebabkan masalah lain. Tindakan awal boleh mengurangkan risiko pembedahan jika dilakukan pada peringkat lewat.

Pembedahan lipoma hanya perlu jika:

  • Mula sakit dan rasa lembut bila disentuh
  • Terkena jangkitan atau radang berulang kali
  • Menghasilkan bau dan lelehan kurang menyenangkan
  • Mengganggu pergerakan atau fungsi
  • Saiz bertambah besar
  • Menjejaskan daripada segi kosmetik, seperti ketara di tangan dan dahi

    Tisu adipose
  • Tisu atau lemak dalam badan
  • Ia berperanan penting bagi penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak
  • Ia turut bertindak sebagai ‘pelapik’ dan memberi haba kepada badan
  • Biarpun terletak di bawah kulit, ia turut ditemui di sekitar organ dalaman badan


  • Itulah serba sedikit berkaitan LIPOMA. Untuk masalah akO pulak..Lipoma akO di perut. Bebetui di sebelah kanan sikit. Benjolan sebeso bola golf. Dan apabila akO tekan keras seperti batu. Uhhh tak la rasa sakit. Tapi tidak selesa. Jika pakai baju yang nipis or kain yang licin pasti nampak. Itulah tujuan nye baik kita buang sebelum apa-apa jadi berlaku.Memories ku..dan terima kasih kepada Papa Buyen yang banyak membantu the hold dats day..Luv U Papa..

    Wajah kesayangan hamba..
    hahahh cuak pasal misi-misi tu dok tengok tapi seme layanan tip top..
    Hospital Putrajaya hokay..

    Keadaan dalam wad..

    Buyen ku dobot..

    Hospital Putrajaya katil no doblas..

    Saat menunggu in jemu + bosan + Buyen Pocker sajakk..

    Ako adalah akO..

    dah dapat tag gelangg jee mula akO cuak..



    Bak kata Maoya baca dengan teliti Surat perjanjian dengan Allah melalui Hospital..






    Selesai pembedahan terasa sakit sangat kat tangan..



    tido ngantok sangat Ubat biuss x habez lagik..


    papa jaat..

    Makanan dah sampey bubur nasi + buah tembikai susu + air melo..sanggop akO telan bubur nasi aje..pasal dah berpuasa daripada hari semalamnye untuk pembedahan


    penat kat atas kusi bawah plak pastu ada hati nak dok sekatil ek..


    sweet memories at the hospital..


    sedap bubus nasi orang saket..

    Alhamdulillah...dibenarkan keluar..menunggu jarum di tangan untuk dibuka..

    Misi buka pelan-pelan naaa...malu cik misi dan tak benarkan cik abe Ako snap pic katanya takot macam-macam story lak post d internet..adoiii cik misi takkan laaa akO seburuk u sangka..i snap tangan i noks..

    Luka yang telah di gam.lipoma dah kuo daripada peyut maks noks alhamdulillah..




    So..akO dapat MC 5 ari...rest sefullnya..Terima kasih banyak-banyak kepada semua atas ucapan segera sembuh dan kata-kata semangat. Atas lawatan menjengok ke rumah kepada tak jengok pun xpe..nokss ai okey je...Bersyukur semakin sihat Boboc.


    Saturday, March 8, 2014

    Non-Stop Official Trailer #1 (2014) - Liam Neeson Thriller HD





    Synopsis:
    The film takes place on an international flight from New York to London. During the flight, the US federal air marshal on-board (Liam Neeson) receives a series of threatening text messages, stating unambiguously, that a passenger will be killed every 20 minutes unless, and until, USD 150 million are transferred into a secret bank account.


    Wahhh kami sambong semalam lepas tengok Rise Of Empire..dengan tidak kepuasan hati kami..Ako N Maoya terus sambong nengok dis movie..hah nunggu lagi 1 jam. Pasal dis movie mula jam 12.05 malam. So kami merayau2 seluruh Alamanda. Dan Sakan ler berselfie..





    dah malam malam pun ramai beb..ye laa kami tak pernah tengok movie ari jumaat..
    so PELIKS sket laa