10 Mac 2014
Isnin
Hospital Putrajaya
Pembedahan LIPOMA
Alhamdulillah...
Temujanji dengan Doc sudah berlalu sebulan. Inilah hari yang dinantikan untuk akO melepaskan Lipoma akO di dalam peyut yang selama ni akO tanggong. Peyut yang comel dan gebus. 9 tahun menunggu so telah ditentukan untuk akO menyinkirkan LIPOMA ke luar peyut ku plak. So dengan temujanji dan rawatan yang telah diberikan oleh Doc, so tertunai sudah kehilangan LIPOMA akO. Yup pasti kengkawan tertanya-tanya apa itu LIPOMA kan. Di sini ako sediakan video, sanggop ako cari..sebenonya tak sanggop ako nak lihat, begini lah perut aKO ek..di godek..alamak ngeri sey..tetapi bersyukur laa inilah yang ALLAH SWT telah tentukan untuk akO. Bersabar dan menerima dengan redho. Walaupun tak sakit. Tapi ada hikmah di sebalik itu. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. 2 3 kali akO ulang nengok. Tapi akO x jait. Setelah siap semua akO punya di Gam. Amboi dah macam kertas ek main gam gam ajok.
“Lipoma jarang memudaratkan dan kemungkinan untuk menjadi kanser hanya 0.05 peratus. Ada perbezaan pendapat mengatakan lipoma punya kapasiti kecil untuk menjadi barah, tetapi sangat jarang, manakala pendapat kedua mengatakan semua lipoma bukan barah.
“Lipoma juga biasanya senang dikesan kerana kebanyakannya berada di bawah kulit dan boleh timbul pada bahagian tubuh, tangan dan kaki serta leher.
“Ia juga boleh berlaku pada kulit kepala, dahi atau di mana saja asalkan ada lapisan tisu adipose,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelasnya, lipoma tidak perlu dibuang dan bergantung kepada keselesaan pesakit. Namun, jika rimas dengan benjolan yang mengganggu penampilan dan bimbang ia melarat walaupun ia bersifat bukan barah, ia boleh dibuang dengan mudah.
“Ketumbuhan lemak boleh berlaku pada semua orang dewasa dan ia jarang terjadi pada kanak-kanak. Sebagaimana ketumbuhan lain, semua orang boleh mendapat lipoma, tetapi orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi. Begitupun, ada juga pesakit di kalangan orang kurus dan ia juga boleh diwarisi.
“Ketumbuhan ini juga unik kerana ia lembut, boleh bergerak (apabila ditekan), tidak melekat pada kulit, tiada simptom dan mengambil masa lama untuk terbentuk.
“Pada amnya, lipoma ada dua bentuk, iaitu bulat dan leper dan saiznya sama seperti duit syiling 20 sen dan 50 sen,” katanya.
Lipoma secara teknikalnya boleh berlaku pada mana-mana kawasan berlemak, termasuk kawasan sekeliling organ seperti buah pinggang dan usus.
Lipoma di bawah kulit tidak menimbulkan masalah, tetapi yang tumbuh di tempat tidak sepatutnya seperti dalam usus, tulang belakang dan hati boleh membawa masalah kerana ia menyebabkannya tersumbat, ulser dan pendarahan.
Ada juga penyakit seperti Sindrom Dercum dan Sindrom Madelung yang dikategorikan sebagai jarang berlaku. Ia boleh dikesan apabila ada banyak tompokan lipoma di serata badan yang biasanya dialami orang minum arak, warga tua dan sering dikaitkan dengan obesiti (tidak semestinya orang gemuk mengalami lipoma tapi boleh mengalami Dercum).
Mereka juga sering mengadu mengalami gejala tidak khusus seperti tidak sihat, pening kepala, sakit perut, mabuk dan sakit sendi yang tiada kena mengena dengan tompokan lemak itu.
“Biasanya pesakit ditumbuhi bukan satu atau dua benjolan lipoma tetapi 20 hingga 30 benjolan. Namun situasi ini jarang berlaku berbanding lipoma biasa yang sering tumbuh di bawah lapisan kulit.
“Penyakit ini juga lebih tertumpu kepada lelaki. Disebabkan ia ketumbuhan biasa di bawah kulit, ramai orang tidak mengambil tahu atau kisah mengenainya.
“Paling penting jika didapati benjolan atau rasa kurang selesa, segera berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan ketumbuhan lemak, sebaliknya petanda penyakit lain. Ketumbuhan lemak mudah dikenal pasti dan boleh ditentukan melalui pemeriksaan fizikal saja,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi mengenal pasti benjolan itu lipoma atau bukan, pesakit perlu menjalani diagnosis klinikal. Ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI), dilakukan hanya jika lipoma itu menunjukkan tanda luar biasa.
Kes dianggap berbahaya adalah lipoma yang ketika kecilnya tiada sifat radiologikal mencukupi yang menunjukkan ia akan berubah menjadi barah seperti liposarcoma, misalnya yang biasanya mengganggu tempat lain seperti belakang usus dalam badan (sekitar retroperitonial).
Secara umumnya, selagi ia tidak mendatangkan kesakitan atau masalah kesihatan, ketumbuhan lemak ini tidak perlu dibuang.
Namun demikian, keputusan ini tertakluk kepada pilihan setiap individu kerana ramai lebih gemar ketumbuhan lemak dibuang atas faktor kosmetik. Biasanya ia dinasihatkan dibuang jika ukuran garis pusatnya (saiz) melebihi lima sentimeter.
Pembedahan pembuangan ketumbuhan lemak boleh dianggap pembedahan kecil kerana ia membabitkan kaedah bius setempat. Maknanya, pesakit boleh menyaksikan doktor menjalankan pembedahan pembuangan ketulan lemak itu.
Dr Zain turut menasihatkan walaupun tidak berbahaya, lebih baik dibuang kerana jika dibiarkan ia terus membesar. Ketumbuhan ini mungkin boleh menyebabkan masalah lain. Tindakan awal boleh mengurangkan risiko pembedahan jika dilakukan pada peringkat lewat.
Mula sakit dan rasa lembut bila disentuh
Terkena jangkitan atau radang berulang kali
Menghasilkan bau dan lelehan kurang menyenangkan
Mengganggu pergerakan atau fungsi
Saiz bertambah besar
Menjejaskan daripada segi kosmetik, seperti ketara di tangan dan dahi
Tisu adipose
Tisu atau lemak dalam badan
Ia berperanan penting bagi penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak
Ia turut bertindak sebagai ‘pelapik’ dan memberi haba kepada badan
Biarpun terletak di bawah kulit, ia turut ditemui di sekitar organ dalaman badan
Sel Lemak Punca Lipoma
BENJOLAN kulit yang muncul di badan, apatah lagi dapat dilihat dengan mata kasar, tentunya membuatkan seseorang individu berasa rendah diri dan tidak yakin. Lebih menakutkan jika benjolan ini muncul di tempat seperti tangan, kaki, bahu dan leher.
Sesetengah pihak berpendapat benjolan ini bahaya dan lebih kepada risiko kanser, namun tidak kurang juga ada yang mengatakan ia tidak bahaya. Sejauh manakah benjolan yang dikenali sebagai lipoma ini memberi impak dalam kehidupan manusia?
Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Zain Al-Rashid menjelaskan, lipoma adalah sejenis ketumbuhan berasal daripada sel lemak dipanggil lipid yang terbentuk oleh tisu adipose yang lazimnya berlaku di antara kulit dan lapisan otot.
Ia tidak berbahaya dan sangat biasa berlaku, yang mana satu hingga dua peratus orang dewasa dinegara ini dilaporkan mengalaminya.

Lipoma dikategorikan sebagai ketumbuhan benigna (tumor bukan barah), tidak merebak atau berbahaya selagi ia tidak berubah menjadi kanser.
“Lipoma jarang memudaratkan dan kemungkinan untuk menjadi kanser hanya 0.05 peratus. Ada perbezaan pendapat mengatakan lipoma punya kapasiti kecil untuk menjadi barah, tetapi sangat jarang, manakala pendapat kedua mengatakan semua lipoma bukan barah.
“Lipoma juga biasanya senang dikesan kerana kebanyakannya berada di bawah kulit dan boleh timbul pada bahagian tubuh, tangan dan kaki serta leher.
“Ia juga boleh berlaku pada kulit kepala, dahi atau di mana saja asalkan ada lapisan tisu adipose,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelasnya, lipoma tidak perlu dibuang dan bergantung kepada keselesaan pesakit. Namun, jika rimas dengan benjolan yang mengganggu penampilan dan bimbang ia melarat walaupun ia bersifat bukan barah, ia boleh dibuang dengan mudah.
“Ketumbuhan lemak boleh berlaku pada semua orang dewasa dan ia jarang terjadi pada kanak-kanak. Sebagaimana ketumbuhan lain, semua orang boleh mendapat lipoma, tetapi orang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi. Begitupun, ada juga pesakit di kalangan orang kurus dan ia juga boleh diwarisi.
“Ketumbuhan ini juga unik kerana ia lembut, boleh bergerak (apabila ditekan), tidak melekat pada kulit, tiada simptom dan mengambil masa lama untuk terbentuk.
“Pada amnya, lipoma ada dua bentuk, iaitu bulat dan leper dan saiznya sama seperti duit syiling 20 sen dan 50 sen,” katanya.
Lipoma secara teknikalnya boleh berlaku pada mana-mana kawasan berlemak, termasuk kawasan sekeliling organ seperti buah pinggang dan usus.
Lipoma di bawah kulit tidak menimbulkan masalah, tetapi yang tumbuh di tempat tidak sepatutnya seperti dalam usus, tulang belakang dan hati boleh membawa masalah kerana ia menyebabkannya tersumbat, ulser dan pendarahan.
Ada juga penyakit seperti Sindrom Dercum dan Sindrom Madelung yang dikategorikan sebagai jarang berlaku. Ia boleh dikesan apabila ada banyak tompokan lipoma di serata badan yang biasanya dialami orang minum arak, warga tua dan sering dikaitkan dengan obesiti (tidak semestinya orang gemuk mengalami lipoma tapi boleh mengalami Dercum).
Mereka juga sering mengadu mengalami gejala tidak khusus seperti tidak sihat, pening kepala, sakit perut, mabuk dan sakit sendi yang tiada kena mengena dengan tompokan lemak itu.
“Biasanya pesakit ditumbuhi bukan satu atau dua benjolan lipoma tetapi 20 hingga 30 benjolan. Namun situasi ini jarang berlaku berbanding lipoma biasa yang sering tumbuh di bawah lapisan kulit.
“Penyakit ini juga lebih tertumpu kepada lelaki. Disebabkan ia ketumbuhan biasa di bawah kulit, ramai orang tidak mengambil tahu atau kisah mengenainya.
“Paling penting jika didapati benjolan atau rasa kurang selesa, segera berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan ketumbuhan lemak, sebaliknya petanda penyakit lain. Ketumbuhan lemak mudah dikenal pasti dan boleh ditentukan melalui pemeriksaan fizikal saja,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi mengenal pasti benjolan itu lipoma atau bukan, pesakit perlu menjalani diagnosis klinikal. Ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI), dilakukan hanya jika lipoma itu menunjukkan tanda luar biasa.
Kes dianggap berbahaya adalah lipoma yang ketika kecilnya tiada sifat radiologikal mencukupi yang menunjukkan ia akan berubah menjadi barah seperti liposarcoma, misalnya yang biasanya mengganggu tempat lain seperti belakang usus dalam badan (sekitar retroperitonial).
Secara umumnya, selagi ia tidak mendatangkan kesakitan atau masalah kesihatan, ketumbuhan lemak ini tidak perlu dibuang.
Namun demikian, keputusan ini tertakluk kepada pilihan setiap individu kerana ramai lebih gemar ketumbuhan lemak dibuang atas faktor kosmetik. Biasanya ia dinasihatkan dibuang jika ukuran garis pusatnya (saiz) melebihi lima sentimeter.
Pembedahan pembuangan ketumbuhan lemak boleh dianggap pembedahan kecil kerana ia membabitkan kaedah bius setempat. Maknanya, pesakit boleh menyaksikan doktor menjalankan pembedahan pembuangan ketulan lemak itu.
Dr Zain turut menasihatkan walaupun tidak berbahaya, lebih baik dibuang kerana jika dibiarkan ia terus membesar. Ketumbuhan ini mungkin boleh menyebabkan masalah lain. Tindakan awal boleh mengurangkan risiko pembedahan jika dilakukan pada peringkat lewat.
Pembedahan lipoma hanya perlu jika:
Tisu adipose
Itulah serba sedikit berkaitan LIPOMA. Untuk masalah akO pulak..Lipoma akO di perut. Bebetui di sebelah kanan sikit. Benjolan sebeso bola golf. Dan apabila akO tekan keras seperti batu. Uhhh tak la rasa sakit. Tapi tidak selesa. Jika pakai baju yang nipis or kain yang licin pasti nampak. Itulah tujuan nye baik kita buang sebelum apa-apa jadi berlaku.Memories ku..dan terima kasih kepada Papa Buyen yang banyak membantu the hold dats day..Luv U Papa..
Wajah kesayangan hamba..
hahahh cuak pasal misi-misi tu dok tengok tapi seme layanan tip top..
Hospital Putrajaya hokay..
Keadaan dalam wad..
Buyen ku dobot..
Hospital Putrajaya katil no doblas..
Saat menunggu in jemu + bosan + Buyen Pocker sajakk..
Ako adalah akO..
dah dapat tag gelangg jee mula akO cuak..
Bak kata Maoya baca dengan teliti Surat perjanjian dengan Allah melalui Hospital..
Selesai pembedahan terasa sakit sangat kat tangan..
tido ngantok sangat Ubat biuss x habez lagik..
papa jaat..
Makanan dah sampey bubur nasi + buah tembikai susu + air melo..sanggop akO telan bubur nasi aje..pasal dah berpuasa daripada hari semalamnye untuk pembedahan
penat kat atas kusi bawah plak pastu ada hati nak dok sekatil ek..
sweet memories at the hospital..
sedap bubus nasi orang saket..
Alhamdulillah...dibenarkan keluar..menunggu jarum di tangan untuk dibuka..
Misi buka pelan-pelan naaa...malu cik misi dan tak benarkan cik abe Ako snap pic katanya takot macam-macam story lak post d internet..adoiii cik misi takkan laaa akO seburuk u sangka..i snap tangan i noks..
Luka yang telah di gam.lipoma dah kuo daripada peyut maks noks alhamdulillah..
So..akO dapat MC 5 ari...rest sefullnya..Terima kasih banyak-banyak kepada semua atas ucapan segera sembuh dan kata-kata semangat. Atas lawatan menjengok ke rumah kepada tak jengok pun xpe..nokss ai okey je...Bersyukur semakin sihat Boboc.
No comments:
Post a Comment