Kesah yang lalu...
1 November 2014
6.00 Pagi di Kelompok 10
Lawatan Singkat ke Cameron Highland.
Alhamdulillah...awal November dapat berjalan-jalan singkat, ai bawak my gurl. Tenangkan beliau pasal baru habiz exam. Sehari je berjalan ke sana. Bayaran seorang hanya RM30. Naik bas opis. So padan laa dengan bayarannya. Kami gerak jam 6.30 pagi dan sampai di atas sana tak ingat, cuma jam 2.oo petang baru lah kami makan tengah hari. Nama kedai pun ai tak sempat nak snap. Di sebabkan hujan lebat mencurah-curah, so tak dapat jugek laa berjalan jauh. Lokasi pertama sampai kami ke Taman Teknologi MARDI. Bayaran masuk RM3 sahaja. Dewasa dan kanak-kanak sama harga. So banyak taman bunga sahaja. Tak bape besh laaa. Bunga Ros kesukaan ai pun tak banyak, macam nak layu je. May b cuaca keadaan di sana dah semakin kurang kot. Takpela kiranya dah bertahun jugek ai tak kesana. Last tahun bila ntah ai g. Masih sejuk. Kabus banyak. Suasana tenang. Gunung ganang cantik. Sekarang dah semakin terhakis. Kesiann kann. Kehijauan hutan kita semakin berkurangan. Jalan-jalan raya banyak tengah bikin. Memperbaiki jalan yang rosak. Setelah berjalan di MARDI, kami terus g makan. Sewaktu makan tu la, kami tersekat. Lama gayanya. Pasal hujan lebat sangat. So nak kuar pun payah. Lepas balik makan, kami ke paso untuk mencari sayur-sayuran segar. Ai pun beli takdela bape banyak. Cuma mencari kubis kecil yang rangop tu. Comel-comel aje. Cenderahati pun tak beli. Nak beli magnet dah banyak nau kat umah. So takde beli apa. Ai beli sayur kubis comel + timun jepun + carrot + kentang bulat-bulat + teh serbuk + jem stoberi yang kecil-kecil dan stoberi serta coklatnya. Kalot laa my gurl tu nak stoberi n coklat. Sampai umah bukan pun makan. Ai dengan Buyen plak yang melantak habis. Nikmat laa. Tapi kebun stoberi pun tak banyak buahnya. Belum musim agaknya. Takpela dapat rejki berjalan-jalan ke sana syukur alhamdulillah. Insha allah..Datin ada suarakan nak berjalan jauh lagi katanya. Yang berbaloi laa kan.
Ai wif My Wife Boss..Datin Noraimi..
Snap pic from my IG...Wif geng PEWAKAS KLiA...
My Gurl + My Sweetheart + My Princess + My Everything + Comel...
Kami di Laman Bunga....
Stoberi 4 peket RM20 percuma sepeket kecil..Coklat RM5..
Kentang Buyat-buyat + Carrot + timun Jepun..4 Peket RM10
Jem Stoberi Brand Al-Masyor 5 Botoi RM10..Comel sangat..dan tak masam..
Paberet My prince..Mismelo katanya..pun kami mamam dengan coklat..Gambo stoberi
Teh Serbuk Brand Al-Masyor..Pasal kami tak ke Ladang Teh BOH Bharat..pasal ujan yang sangat lebat. Terkilan tak dapat bergambo di Ladang Teh
Kami Pewakas...
Masa ini ujan renyai yang sangat lebat. Dah macam snow plak gayanya. Tapi tak nampak pun hujan kan. Comel je semua. Walaupun dalam hujan. Dan Alhamdulillah balik kami tak Demam. Syukur ya Allah. Datin sempoi je bole duduk bawah gitu. Dato terpaksa jee pasal Datin dah jerit2 panggil ajak begambo bersama.
No comments:
Post a Comment