Thursday, December 3, 2009

MAmat Tewan

Paparan ni khas buat sahabat aku..G.A.R.B.I.N.A
aKU TAU beb..lu memang pencita setia mangkuk nih..
So aku pun baca KOSMO pagi tadi.
Sah-sah ko gunting ker secebis cerita psl mamat nih.
Takpun bior teman potongkan n buat frame yer..
Huhuhu beb if lu baca blog gue.Jangan marah sik..Aku suka dengan citer dlm blog ko psl mamat nih.Rajin bebeno ko ikut perjalanan life die erk.Tapi bila aku nak dapat jumpa die.Teringin gak nak men salji dengan mamat nih.
Wahh.wahh...jadi Winter Sonata lak.
Pepun hope Ina tak marah yer.Aku Khas paparan ini utk ko soang jerk.
Sayang sahabat..COmeygile BoBoc..


Kim Hyun Joong paling popular di Taiwan

KIM HYUN JOONG

AKTOR dan penyanyi Korea, Kim Hyun Joong baru-baru ini menduduki tangga teratas dalam carta carian Yahoo! Taiwan dan Yahoo! Hong Kong.

Secara tidak langsung membolehkan Hyun Joong memenangi Yahoo! Asia Buzz Awards 2009 yang telah dibuka untuk undian. Dalam Yahoo! Taiwan, Hyun Joong berada di tangga pertama dalam seksyen Asia meraih 401,235 undian.

Kumpulan SS501 yang turut dianggotai oleh Hyun Joong, berada di tangga kedua dengan undian sebanyak 60,396. Secara teknikalnya jika digabungkan kedua-dua undian itu Hyun Joong memperolehi hampir 500,000 undian.

Drama bersiri Boys Over Flowers yang telah pun ditayangkan di Taiwan dan populariti Hyun Joong yang memegang watak Jihoo dalam drama tersebut telah mengalahkan populariti watak utama yang lain seperti Goo Hye Sun berada di tangga keenam, Lee Min Ho di tangga ke-11 dan Kim Bum di tangga ke-22.

Selain pelakon drama Boys Over Flowers, kumpulan terkenal Korea, Super Junior, berada di tangga keempat dengan undian sebanyak 22,448, Lee Jun Ki di tangga kelapan dan Yoon Eun Hye di tangga kesembilan.

Wakil Yahoo! Korea berkata: "Carta tersebut menunjukkan betapa besarnya gelombang yang dibawa oleh industri muzik dan drama Korea ke negara Asia lain."

Carta tersebut adalah jumlah terkini undian sebenar yang dikira untuk sebuah majlis anugerah yang akan berlangsung di Hong Kong pada 14 Disember depan.

No comments: