Monday, November 30, 2009

Korban kasih

Salam pada pembaca setia n kawan2 semua.Di hari raya korban ini, aku menunaikan kan tanggungjawab aku untuk berkorban.Telah banyak korban yang dilakukan oleh Ibu aku pada aku.Ohhh sungguh tak terbalas rasanya.Hujan turun pada pagi jumaat di Putrajaya.Suara2 zikir dari corong radio telah mengejutkan aku untuk cepat2 bersiap dan turun ke bawah surau untuk menolong antara satu sama lain.Pagi lagi kecik tu dah bersiap.Tak sabar nak tengok lembu katanya.Papa dah turun dulu.So aku n Ibu turun kemudian.Sementara menunggu hujan reda sikit.Tapi tak reda2 juga.Lantas aku.Lily n Ibu pergi jua ke surau.Ibu menolong mana yang perlu.Sambil tu aku bersarapan dengan cekodok kentang n teh tarik.Sedap rasenya hujan2 makan gitu.Lembu aku giliran yang kedua.So dah siap sedia Buyen aku menjadi ketua menjaga lembu ke2.Ohhh cam takot jerk c Buyen.Tapi aku respect dengan dengan anak buah aku Hatta.Hatta memang rajin bila bab2 menolong nih.Habis suar baju kena lumpur.Dek hujan n lecak di situ.Time lembu korban aku tu juhan dah berenti so senang ler nak snap2 n datang lebeh dekat untuk melihat lembu yang di korbankan.Suka dengan Lily,die tak takot langsung.Selesai acara aku pulang dengan senang hati.
Khas korban ini untuk kami empat beranak.Cuma Buyen takde rezeki nak korban tahun ini.Kali ni aku dah 3 kali,Ibu empat kali arwah ayah 3 kali n Lily 2 kali.Insya Allah jika ada rezeki n panjang umur nak cukupkan tujuh kali acara Korban ini.Telah aku niat di hati.Erti korban sungguh bermakna dalam hidup ini.

Lily sibuk makan timun yang dipotong nenek...memang kegemaran lily



papa cam takot jerk...pegang ke tengok tuuu..

Ibu n lily...melihat kejadian...korban

Lembu inilah mangsa korban ke2...alhamdulillah tertunai sudah tanggungjawab kami.

No comments: