Tuesday, June 11, 2013

KENDURI KESYUKURAN

Khamis 6 Jun 2013
Kenduri Kesyukuran BB Naqib Adam 2 Tahun + Papa Buyen Menerima APC
Kenduri Tahlil Untuk Arwah Mohamed Khairi Bapa Tersayang & Arwah2 Mertua Sekelian

Persiapan untuk membuat kenduri berjalan dengan lancar. NB tidak kalot sangat. Pasal dah biasa buat kenduri besar-besaran. Semua hasil masakan sendiri Oleh Angah Sarip NB yang balik bercuti daripada Batu Pahat. NB sangat beruntung dan sangat-sangat bersyukur beliau adalah pewaris hebat daripada Ibu. La ni kalau nak bikin kenduri Ibu order je dengan Angah. Suh je Angah balik KL. Then Ibu tinggal bagi arahan ajee. Tapi kadang tu NB dengo ada jugek perselisihan pendapat dan rasa dalam masakan. Biasalah kan Ibu dan anak. Ada ajee salah "give & take" bak kata. ALhamdulillah rezeki untuk bikin kenduri daripada Ibu NB tersayang ler. Ibu dapat " duit kutu". Lagipun Ibu dah NIAT untuk buat kenduri Tahlil untuk Arwah Ayah. Dah lama tak bikin kenduri. Dulu bila dok Putrajaya..rasa nya tiap tahun bikin. Bila besday Princess aje terus buat sekali. Murah rejki masa tu. Ada sponser. Bukan laa sekarang ni nak nyesal takde RM nak bikin kenduri. Tapi kurang sedikit. Rasa sedih lak bila mana My Prince nye besday jee tak pernah bikin secara besar-besaran. Hanya kamu keluarga aje. Rejki Prince kurang sket kot. Takpela yang penting sebenonya. Sihat dan tak perlulah kita nak bikin beso-beso. Nanti Orang bercakap jugek. Alaaa anak 2 bole laa..Alaa RM banyak bole laa..Alaa Ibu ko ada bole laa..Banyak nooo ALA nye. Daripada kita mendengo cam-cam perkataan baik kita DIAMKAN aje.. betui tak.? Moralnya buat berpatutan dan ikut kemampuan. Tak minta orang pun. TEngok la rejki kita banyak mana. Untuk buat kenduri pun kita perlu bagi orang makan yang elok-elok. Sedekah kann. So buat mana yang mampu.

Menu Untuk Kenduri
 * Nasi Putih 
 * Ikan Haruan Laut Masak Kicap Berlada
( di datang khas daripada My Buyen ler mancing di Terengganu. Alhamdulillah rejki dapat 2 ekor beso-beso jugek. )
 * Ikan Keli Masak Sambal ( Angah sponser 10 kilo kolam di Batu Pahat )
 * Kerabu Mangga - 4 Kilo
 * Labu Air Masak Lemak Santan ( Angah Sponser Hasil daripada Kebun beliau )
 * Satay Goreng
 * Sambal Goreng
Ramuannya - Kacang Panjang 1 ikat + Tahu Kering 10 Keping + Soon 6 Bungkus + Tempe 10 Peket + Bahan-bahan basah suka hati korang laa nak campur dengan udang pun boleh tapi NB suka guna pedal ayam 1 kilo + hati ayam 1 kilo + Cili Merah semangkok dihiris halus + Serai 20 batang dihiris halus + Cili Api RM2 dihiris halus + Tahu basah 6 Keping digoreng dahulu + Santan 3 kilo. Tumis dulu bawang besau 6 biji yang telah dihiris + Bawang Putih 2 ketul dan dihiris + Halia + Cili + bahan2 basah..barulah masukkan sayuran..pastu santan..tunggu laa hingga kering sedikit..Siappp...
Untuk tempahan Sambal Goreng NB amek RM100 siap masak.

* Puding Mangga ( Kak Long sponser tepung puding )
* Cream Puff Coklat
* Cup Cake Coklat Kukus ( Sponser dari My Biras Kak Suzy )
* Cendol ( Sponser dari Kak Zah My Neber )
* Tembikai 2 Biji ( Sponser dari My SIL Kak Lang )
* Teh Tarik
* Sirap Limau

Besh tak nengok Menu kenduri NB..hahahahah kennn..Tapi NB tak mam pun pasal dah penat buek koje. Dan kebetulan Princess & Prince NB tido awal lak tu. Sooo orang tengah baca tahlil tuu lagi sedap laa depa tidoq. Cuma yang bising anak-anak buah..anak2 sedara..dan anak2 angkat.




Ini ajee pic makanan yang sempat di snap oleh NB. Wahhh pasal NB dah lama tak bikin kenduri. So sagat lah bz kann. nak kuar periuk, pinggan mangkok, sudu garpu , tong- tong nasi, tong air , tempat basuh tangan arghhh macam-macam lagi kat stor NB tu. Bak kata dah macam catering stor gamaknya. Semeee ada..Untung dan bersyukur NB ada IBU yang selalu mengingatkan Kita.



Only BFF YAYA ajee datang...



Wif Anak Buah TErsayang..Erryqin..dulu Busu laa jaga ko tauuu...now form 1..tinggi minggi

No comments: