Thursday, July 3, 2014

MENU BERBUKA PUASA HARI 1-4

Alhamdulillah...
Bertemu lagi Ramadhan tahun 2014. Sangat bersyukur apabila gantian puasa tahun lepas aKo langsaikan seawalnya. Nekad lagi tahun ni, berpuasa dengan istiqamah. Perubahan diri dan suasana pelan-pelan dalam kehidupan. Bukan mendadak perlu berubah. Ingatan dan janji berubah. Alamak pahal plak Laa akO nak berleter ni ek. Ok nak story bout Ramadhan. Wow sangat seronok bila Ramadhan ni. Kita dapat berpuasa lagi. Insya Allah dengan tenang dan bersemangat. Kalau boleh nak habiskan sebulan berpuasa. Tapi apakan daya. Orang pompuan banyak nau sakitnya. Alhamdulillah jua, pasal sakit pun datangnya daripada Allah SWT. Janji ku pada diri sendiri, ingin berpuasa dengan ikhlas, sempurna dan beristiqamah. Insya Allah akan gantikan puasa yang tak dapat dihabiskan apabila habis raya nanti. Ok akO nak bercerita pasal menu daripada mula berpuasa. Kita puasa pun dah 5 hari kan. Insya Allah. Diberikan kesihatan yang sempurna.

Sahor Pertama
- Seperti biasa, akO n keluarga akan bersahor pada jam 4.30 pagi. Alhamdulillah, tahun ni Princess mula berpuasa. Nenek pun dah berjanji dengan Princess, habis puasa sebulan nenek nak bg RM30..Wow..mau tak semangat ladybird gurl tu. Kan main lagi laaa..Mumy pun doakan untuk gurl Mumy supaya dapat bertahan..berpuasa nanti. Pasal Princess kan dah bersekolah.

Buka Puasa - Hari Pertama
Menu
Nasi Minyak
Ayam Pencen Masak Rendang Cili Api
Sandwic Tuna
Air Kordial Jambu
Air Kopi O Cap Gantang ( kirim daripada kawan Kedah, korang harus beli sedap wei pokek likek, lagi 1 Cap Raga,neber depan rumah selalu belikan )
Dalca Sayuran
Nasi Impit
Ayam Goreng Berempah
Nugget Ayamas
Salad Campuran
Sandwic Cheese
Kuih Apam Mekar
Kurma
Cili Solok

Pada hari pertama berbuka puasa ini,  akO telah menjemput Keluarga Alang ku dan Keluarga kak Ipo Ku Kak Ijan. Tapi malangnya rejki xde untuk keluarga Kak Ijan. Taktau laa akO apa sebabnya. Alasannya asben koje  n kiddos die nak berbuka sekali dengan abahnya. Ermm takpela  orang dah taknak kan. Ako positifkan aje, tak elok kita beranggapan yang buruk. So biasalah dengan meriah nya berbuka pada hari pertama. Tapi sedey jugek pasal adik ebradik ako lagi 3 orang tak dapat balik Sepang. Depa kan bekerja hari Ahad. JB kann. So rejki untuk dorang pun takde tertulis untuk depa. Hanya ALLAH SWT maha mengetahui. So korang layankan pic-pic menarik makanan di bawah ek.
Juadah yang telah dihidangkan..

Kakak Fyqa sakan mengerjakan salad campo beliau..Anak buah akO yang sangat rajin nih

Syiqin adik kepada Fyka..ni xle harap nak begambo ajee..

Juadah yang telah dihidangkan..

Kuih Apam Mekar pemberian My SiL Kak Ijan..baru belajo katanya..comey kann kalepul

Nugget Ayamas yang akO gorengkan..untuk si gurl n PRince akO ler..

Nasi Impit rebus sendiri..Ibu nak mam dengan rendang ayam

Rendang Ayam cili api..wahhh bangga akO lulus bikin TQ Ibu beri tunjuk ajo..


Sandwic Tuna..Ako bikin laaa


Mangga & Cili Solok KakLang bawak Kurma Buyen dapat Bos bagi

Sandwic Cheese, KakLang bawak jugek

Juadah untuk kiddos.. Kukis CHoc Cosway & Agar2 comel

Nasi Minyak buatan air tangan ako tau, menjadi sudah..

Salad Campo Sayur dan pelbagai KakLang bawak....
P/S : Untuk Oya..ni lah rejki u kalau u datang umah i..Tapi rejki u di lain kali kot.. So jamu mata je laa ek..Oya adalah jemputan akO yang ke3 beliau pun tak dapat hadirkan diri..



Buka Puasa - Hari Kedua
Menu
Nasi Minyak
Ayam Pencen Masak Rendang Cili Api
Air Kopi O
Kami menghabiskan lauk-lauk yang berbuka semalam..Untuk sahor pun kami menggunakan menu yang sama. Elakkan pembaziran. 

Buka Puasa - Hari Ketiga
Menu
Laksa
Soto Nasi Impit
Kopi Susu
Kuih Apam
Kuih Seri Muka
Untuk Menu berbuka hari ke3 tiada gambar di ambil

Buka Puasa - Hari Ke4
Menu
Nasi Putih
Ikan Talapia Sambal
Melo Es
Babat Lembu Masak Cili Api Kicap
Bendi Rebus

Ini adalah menu berbuka hari ke2, My SiL kakak Ayen bagi..Puding Roti..suka beno si prince ako mamam..die je dah habiskan separoh..

Bendi Rebus Bersama bawang...

Ikan Talapia Sambal..kesukaan ako sesangat....

Babat Lembu ( perut lembu ) masak Kicap cili api walawehhh...

Es Melo bangang akO.....




No comments: