Monday, July 7, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN KE 8

Isnin 7 Julai 2014
9 Ramadhan 1435 Hijrah..

Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat ilahi, ako masih dipanjangkan usia, dan dapat menikmati, mensyukuri di bulan yang peuh mulia ini. 9 Ramadhan sudah kita berpuasa kan. Saat yang ditunggu-tunggu untuk mendengar, mempelajari serta mengambil manafaat di atas pemberian ilmu yang telah disampaikan oleh 2 orang yang terhebat dalam bidang keagamaan. Kita belum tentu dapat membaca atau mendengar setiap masa, ilmu yang akan disampaikan oleh para ulamak. Jika ada masa yang diizinkan dan telah ditentukan olehNYA..Insya Allah kita akan dapat merasai dan mendengar dengan tenang. Alhamdulillah. Pada pagi ini, pejabat ako telah mengadakan majlis ilmu pengetahuan di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Dah lama juga rasanya pejabat tidak menjemput para ulamak untuk bercerita kesah-kesah Nabi AS..serta ilmu dunia dan akhirat. Untuk jemputan yang pertama telah kami datangkan daripada Jelebu, rupa-rupanya Ayah Ustaz Izzuddin ni bekerja satu opis dengan akO. Wahh mengucap panjang akO. Bersyukur dan seronoknya laaa, anak beliau menjadi seorang yang berguna. Menjadi Ustaz pulak tu. Bukan senang kan nak menjadi Ustaz. Bersusah payah belajau kat Mekah tu. Tinggal orang yang tersayang dan keluarga tercinta. Akhirnya menjadi tauladan buat semua. Alhamdulillah Ustaz yang akO perkenalkan ini adalah Ustaz Izzuddin Bin Selamat. Belajar di Madinah.Umor pun dah 27 tahun. Alhamdulillah, sangat tenang saat beliau menyampaikan ceramahnya. Bersahaja, walaupun Ayah ada di depan menjadi penonton sekali. Subhanallah..dalam penuh penghayatan yang diberikan Oleh Ustaz Izzuddin, ako dapat juga menitip serba sedikit apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Izzuddin berkenaan peringatan kita sebagai manusia yang mudah LUPA. Ye lantas ako pun terpikir kenapa kita mudah LUPA. Secepat kilat kita LUPA. LUPA dalam pelbagai aspek. Bab-bab yang tak senonoh tak plak LUPA kann. Masya Allah. Apa yang dapat ako coretkan disini bukan lah sekadar untuk menunjuk pandai ataupun glamer dengan berlagak dapat berjaya mencoret apa yang telah Ustaz Izzuddin sampaikan. Sama-samalah kita berfikir, termenung sejenak serta menghayati semula dari segi ayat dan makna apa yang telah disampaikan Ilmu ini kepada kita sebagai hamba ALLAH SWT.

1) Min Aina Jid Ta
    Bermaksud - dari mana kita datang - kita sebagai manusia ini, sebagai hamba ALLAH SWT ini datang nya, lahirnya kita daripada objek yang sangat-sangat HINA, kecil dan kita akan kembali kepada objek berkenaan. Objek yang dimaksudkan ialah Air Mani dan Tanah.

2) Wali Ma Jid Ta
    Bermaksud - kenapa kita datang ke dunia ini. Dunia yang penuh pelbagai dugaan, cubaan, ragam dan kerenah daripada manusia sendiri. Kita haruslah menjadi hamba ALLAH SWT yang taat. Belajar lah perubahan sedikit demi sedikit. Kerana apa yang kita perolehi di dunia ini, hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. Semua adalah pemberian oleh-NYA. Kita sebagai hamba ALLAH SWT, kita adalah ISlam. Tunjukkan keislaman kita yang sebenar-benar Islam. Islam yang syumul adalah Islam yang maju.

3) Wa Ila Aina Sanazhab
    Bermaksud - Kemana kita akan pergi. Kita sebagai manusia ini..sebagai hamba Allah SWT ni, kemana kah arah tuju tujuan sebenarnya yang akan kita tempuhi. Sama ada Syurga atau Neraka. Apabila kita sebagai manusia tahu kita akan kemana dalam jalan ALLAH SWT. Insya Allah jalan petunjuk dan hidayah akan terang, akan kita tempuhi dengan tenang. Jika kita tidak dapat mengetahui atau kemana kita akan pergi, seumpama kita ini LUPA atau LALAI. Lalai adalah konsep besar dalam dunia. Yang sengaja kita buat sendiri.

Ini adalah 3 isi penting yang dapat coretkan tika mana Ustaz Izzuddin, menyampaikan Tazkirah Ramadhan beliau pagi tadi. Alhamdulillah. Ako pun belum mencukupi ilmu di dada. Hanya lah isi-isi yang padat dapat ako layangkan di sini untuk peringatan kita semua. Insya Allah.
Inilah Ustaz Izzuddin Bin Selamat.


Alhamdulillah..
Setelah pagi tadi kami diselitkan selingan selama setengah jam Oleh Ustaz Izzuddin Bin Selamat. Kami telah di datangani oleh Penceramah yang ke2. Yakni Ustaz Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid. Ustaz ni sangat lah tinggi. Lembut tutur kata. Spontan apabila berbicara. Tiada noktah apabila bercerita kesah-kesah Nabi SAW. Ya Allah sejujurnya, ako terpegun dengan ketampanan beliau. Dengan kebijaksanaan beliau. Subhanallah..Seronok nya mendengar daripada Ilmu yang diberikan. Ustaz Al-Habib memberi tazkirah bertajuk, Kemuliaan dan Keberkatan Ramadan. Sampaikan ako LALAI untuk mencoretkan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Al-Habib. Tetapi dapat laa seringkas yang ada. Salah satunya adalah berkenaan zakat.Orang yang membayar zakat akan mendapat 2 keuntungan. Tetapi yang lebih sangat untung adalah orang yang membayar. Kerana mendapat 2 pahala. Memberi kepada yang penerima zakat dan membayarkan zakat kepada orang yang berkenaan. Umpama menyucikan diri sendiri apabila kita membayar zakat. Untuk tajuk yang berlainan pula, ako dapat mencoretkan sebanyak 3 perkara mengenai keberkatan di dalam bulan Ramadhan.

1) Keberkatan di bulan Ramadhan, iaitu yang paling di tunggu-tunggu adalah Malam Lailatul Qadar. Malam pemberian Allah SWT yang sangat besar.

2) Bertasbih. Orang yang dipandang DIAM, belum tentu mereka sengaja mendiamkan diri sendiri. Lebih baik DIAM daripada banyak bercakap. Tetapi jika DIAM itu penuh makna dengan berzikir kerana ALLAH SWT. Alhamdulillah. Jika DIAM sengaja atau kosong tidak ada makna jua kalau kita sebagai hamba hanya mendiamkan diri.

3) Alhamdulillah..di bulan Ramadhan ini, jika kita banyakkan bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda akan diberikan kepada kita sebagai hamba Allah SWT. Salah satu nya adalah memberi buka puasa kepada orang lain. Maka dosanya akan diampunkan oleh ALLAH SWT. Masya Allah..seronok  kann.. marilah kita sama-sama menuju ke jalan Allah...



Alhamdulillah...dapat jua ana bergambar bersama Ustaz Al-Habib bersama Mem Zuraidah.


No comments: