Takziah pada family sepupu aku d Teluk Gong, Klang.
Sepupu aku SAlmah Bt Masdar berusia 42 tahun telah meninggal dunia pada 13 Julai 2009 setelah koma selama 7 hari.Berpunca lamabt dibawa ke hospital dan jantungnya tidak berfungsi selama 12 minit.
" berlari-lari...hinggakan nak terjatuh mama masuk ke klinik..suh doktor buat cepat2 masukkan oksigen dalam mulut mama.Doktor pun kelam kabut...pastu doktor cek-cek jantung mama dah berenti 12 minit..ehhh..eh..ni tak boleh nih..ni kena bawak ke hospital.Doktor bagitau along suh bawak mama ke hospital.Tapi doktor tak kol ambulan pun..camne nih...along nekad angkat mama dengan angah..ke kereta.Padahal along baru belajar kereta.Ayah takde.Ayah kerja d Kelantan hantar barang.Ayah bawak lori.Along tak tau bila last Ayah jumpa mama.Sampai d hospital..doktor cek2 mama lagi.Tapi jantung mama dah berenti selama 15 minit.Lepas tu mama koma sampai la 7 hari, yang perginya mama selama-lamanya."
Sedih aku dengar cerita dari Mak ngah aku.Ini anak mak ngah aku.Dah 2 orang anaknya meninggal dunia secara aman.Dulu abang arwah meninggal dalam tido.Sebelum arwah meninggal dunia.Arwah telah membuka matanya dalam beberapa saat sahaja.Hari pertama masuk hospital arwah kena tarik-tarik badannya..lepas pam jantung...takde jawapan..badan arwah panas..pastu koma sampai lah arwah tiada.Aku ada datang melawat arwah minggu lepas ari ahad.Di hospital tengku ampuan rahimah klang.Ya allah ramai nye umat disitu.Lagipun hospital kerajaan..gitu laa gayanya.Arwah dah kena tebuk di leher...koma tak sedo diri...tapi bila dengar kami cakap..arwah mengeluarkan air mata
Ya allah...takutnye aku...sedih pun iyer...
Sok nyer ari Isnin 13 jUlai..aku sajer borak2 dengan kawan-kawan opis.Tak sampai 5 minit ibu kol aku...bg tau arwah dah tiada.
Aku minta kebenaran dengan bos aku nak balik.Aku , ibu n bb aku jer yang g melawat. Buyen tak dapat cuti.Semoga rohnye dicucuri Rahmat.Amen..
Moral - senangnye sekarang nak MAti..aku nak minta maaf dengan kawan-kawan sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan.Takot tak sempat nak minta maaf kita dah tiada di dunia yang fana ini.
No comments:
Post a Comment