Tuesday, May 21, 2013

Novel Di Pesta Buku PWTC


Pesta Buku
PWTC, Kuala Lumpur

Keterujaan NB membaca novel ketika dalam alam persekolahan lagi. NB dalam aliran sastera. NB ni kira cam jiwang-jiwang laa. NB pemarah tapi cepat nangis. NB tegas tapi mudah kasihan pada orang. Aaaa caner gayanye tuu. Nak dikategorikan NB ni dalam bidang apa ek. Tak kesah laa yang penting minat membaca harus ada dalam diri NB. Termasuk la juga dalam diri My Princess..asik nak membeli buku aje kerja nya. Memang NB akan terapkan modul membaca dalam diri Princess. Tapi tidak lah NB memaksa beliau untuk membaca. Membaca buku tu kann atas kehendak masing-masing. Kang dipaksa kelain lak piginya. Jadi bior NB melihat dulu. Sekiranya ada sikit-sikit tergolong dalam golongan orang yang suka membaca. Jadi NB boleh lah terapkan sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit betui tak?

Adoiiii...
Ini sebenonya kesah lama sikit laaa. NB membeli novel 5 buah. Agak-agak berbaloi juga lah. Harga kan tengah sales jika ada Pesta Buku. Serasa NB tidak pernah tahun yang NB terlepas untuk mengunjungi Pesta Buku di PWTC itu. Kompem tiap tahun mesti jengok laa. paling tidak pun beli 1 ke 2 buah. Tapi untuk sekian kalinya tahun nih. Tetiba NB terbeli 5 buah buku sekali. Novel je la tuu. 1 aje majalah hiburan iaitu NUR. NB sudah beralih arah untuk ke majalah ilmu pengetahuan berasaskan agama. Majalah NUR. Majalah yang memaparkan tentang perempuan Islamik. Cara bertudung. Wanita yang bekerjaya. Wanita yang dalam kesulitan. Semua ada lah. Bak kata kalau kengkawan semua nak tau lebih lanjut, beli aje Majalah NUR. Tak mahai mana pun. Alaa baju mahai-mahai bole beli. Takkan laa Majalah pengetahuan am enggak bisa beli. Yaa kann..




Yess ini adalah Novel terkini yang NB beli di Pesta Buku, PWTC. 1 pun NB tak belek lagi. Buka pun depan aje untuk cop nama NB. Senang kalau kengkawan or anak buah pinjam, nama NB ada tertera dan reti lah nak pulangkan setelah menelaah kann. Berikut semua penulis yang NB baru nak mencuba karya beliau. Sedap ke or tidak cara mereka berkarya. Kerana kebanyakan novel yang NB ada, penulis yang popular. So NB hendak menyokong kepada penulis-penulis baru kan. Mana tau satu hari NB boleh menghasilkan sebuah novel berkisarkan kehidupan NB sendiri. Betui tak..sokongan dan semangat harus ada.



Buku kanak-kanak ini NB telah menghadiahkan kepada Princess NB. NB tertarik kerana 
NABI MUHAMAAD SAW. Untuk pengetahuan NB dan juga anak-anak NB. Tak kan nak kasi baca buku kartun aje kann. Tak siok laa. So kena seimbang.


Berikut adalah majalah kegemaran NB tiap bulan. Menarik juga.


Ini pun NB beli. Apa..? Peliks..? Aishhh apa nak pelik. NB pun peminat tegar kumpul beg-beg kertas. So NB yang beralih arahkan perhatian untuk anak gadis NB ke kartun muslimah. Comey kan ANA MUSLIM nih..3 beg NB beli..kale merah + pink + ijo..Princess NB suka..



Mak aiii terkezut NB. Camno NB nak menghabiskan menelaah nih. Toba setoba toba eee..Ini adalah novel terbaru bagi penulis Siti Rosmizah. Ini adalah novel pertama NB beli. Dan ingin melihat gaya penulisan beliau.


Ok..sowi kekaburan deh. Sangat teruja NB sempat bersnap pic-pic dengan penulis. Dan penulis sempat juga menyain kat novel beliau yang NB telah beli.


Tidak lupa juga NB kan peminat tegar untuk menjadi setiap ahli produk yang NB beli dan makan. So tidak ketinggalan untuk NB menjadi ahli kepada karangkraf. Dapat diskaun hanya rm5 ajee..So terhad kepada ruangan kedai anjuran karangkraf.

No comments: