Thursday, May 23, 2013

OMK Movie

Rabu
22 Mei 2013
GSC Alamanda - Masa nonton 12.30 tengah hari - 2 petang.



Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka - Lutfan. Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que? 


Sakan lee aku n the geng nak nengok ini movie melayu. Konon nya pasal ada SEPAHtu. Habis kelakau la. Aku memang peminat Sepahtu.

Hanya Sepahtu tuu aje yang kelakau. yang lain-lain pelakon tidak. Biasa-biasa aje. Langsung tidak kelakar. Pengarah nya seorang perempuan. Nurul Ain. Aku pun tidak kenal.

So layankan aje..ini movie semalam bersama Miss Chanteq + Mem Yanz.




No comments: