Monday, July 15, 2013

1 Minggu 2 Kali Berita Gembira

Alhamdulillah..Bersyukur aku ke hadrat ilahi atas kurniaanMu. Bersyukur aku dengan berkat kesabaranku..berkat doaku pada Mu Ya Allah. Berkat doa Ibu ku..berkat doa PencintaKu MR. Buyen. Berkat doa Kak Long Ku..Dan semua ahli keluarga yang terlibat. Entah bagaimana lagi kata-kata yang akan keluar daripada naluri hatiku ini. Tidak terhingga mengucap syukur. Tidak terbalas jasa-jasa yang banyak menjasakan diri kepadaku. Yang banyak membantu. Yang banyak menasihati. Yang banyak memahami aku. Yang sudi berkawan dengan ku. Owhh tidak terhingga untuk aku senaraikan di sini. Sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat dan belajar aku akan jadikan sandaran dan pedoman. Ilmu amat penting kemana aje jika kita melangkah. Ilmu yang cetek menggugat diri. Terlebih ilmu bangga diri. Jadi kita sebagai orang yang besederhana haruslah ingat mengingati. Patut laa dalam bulan lepas hati aku amat-amat terasa akan terjadi perkara yang perlu terjadi. Maka inilah berita nya. Sungguh tak ku sangka dan tak terkata. Impian yang aku impikan terlaksana jua. 

Alhamdulillah..bermula kuatkuasa 22 Julai 2013 SURAT PERTUKARAN aku ke Kastam Sepang mula diterima pada 5 Julai 2013.

" Puan Ning ye..surat pertukaran Puan telah siap, Puan diminta datang ambil di JPA "..

" Owhh ye..terima kasih Cik.

" Puan diminta lapor diri di Kementerian Kewangan. "

" Baik cik terima kasih, saya akan datang ambil sebentar lagi.

Perghh ayat skema aku apabila menjawab. Ye laa kan kita perlu la sopan. Aku ni cakap kuat..garang. Tapi aku pun ada otak untuk berfikir, takkan la manjanggg hari aku nak cakap kuat n garang ye dok. Muhasabah diri la. betui tak. Aku pun peringkat dalam belajar ni. Bukan semua itu bole dituko serta merta.

Selang beberapa minit terus aku ke JPA. Lepas amek surat. Kol Buyen dulu. Biasa aje asben aku tu kalau ako info gud news. Tak gud news pun beliau tetap biasa aje. Takpela dah memang beliau begitu ek. Aku redho. Senang ek. Lepas tu aku kol Kak Long then baru kol Ibu. Sebab apa aku kol Ibu lambat..Pasal ako seronok sangat dah. Tak tau nak cakap dah. pada orang-orang yang penting dengan aku ni

Bermula hari ini sehingga jumaat, adalah untuk aku menghitung hari untuk aku beredar daripada SPR. Opis aku yang selama ini banyak mengajar aku tentang pembelajaran yang baru mahupun yang lama. Yang pahit dan yang manis. Suka duka. Tawa nangis. Kawan menjadi lawan. Banyak yang telah aku pelajari dengan Cc aku. CC Saliha. Walau pun nampak garang. Tetapi CC tetap menten untuk mengajar aku yang sering kali asyik bertanya. Beliau sangat komited dalam membuat kerja. Daripada aku tak tahu, terus Expert membuat kerja-kerja berkenaan cuti + Kew 8 + potong gaji + kenaikan gaji dan HRMIS. Cuti tu pulak merangkumi banyak jenis. Dalam tempoh 2 tahun cepat jugek la aku pelajari semua ilmu-ilmu ini. Walaupun dalam keadaan marah + baran + membebel sendiri = aku tetap menten hadap kerja-kerja aku. 

Lega teramat la lega. Aku dapat keluar daripada SPR. Dapat jugek aku merasai PRU Ke 13. Pengalaman yang pertama kali aku merasai mengundi semasa bertugas. Berjaga sehingga jam 3 pagi. Nikmat tak tidur aku rasai. Nikmat menjawab panggilan telefon pelbagai ragam. Dan macam-macam hal lagi yang berkaitan dengan PRU Ke 13. Sungguh aku tak sangka begini hebat bekerja dan bertugas di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2 tahun aku rasa sudah cukup untuk aku hadapinya. Dengan ketegangan yang aku terima selama ini. Daripada tak tahu jadi tahu. Daripada baran menjadi sabar. Daripada pemarah jadi kurang marah. Susah la untuk aku nyatakan di sini. Biarlah ia menjadi rahsia dan pengalaman aku. Ada yang perlu aku story dan ada yang tidak. Allah SWT maha ketahui semuanya. Jadi tidak elok untuk aku mengaibkan sesama kita.

Inilah berita pertama yang aku terima dalam kehidupan aku. Dan berita kedua adalah, Princess aku telah lulus dalam ujian di Sekolah Integrasi Agama Sepang. Surat panggilan dan jawapan telah dijawab. Dan Princess ku sungguh gembira dengan berita ini. Amin Ya Rabb. Semoga ilmu agama kami bertambah sekeluarga.

Ya ALLAH...
Bersyukur ku kehadrat Mu Ya allah.
Dengan berkat kesabaran, belajar muhasabah diri, dan mendengar nasihat-nasihat serta mengikuti tutur bicara Ibuku. Inilah hasilnya.

Ya ALLAh..
Permudahkanlah perjalananku dan tugas ku di tempat baru.


2 comments:

Raihan said...

Tahniah NB..friendship forever...kegembiraan berganda buat NB dengan princess lagi suksess...happy for u..May Allah bless u

Unknown said...

Most wlcme frend..Norey org ke2 yg say TAHniah sebagai kawan..dlm byk2 kawan di opis spr ni...sedih nok..depa ni cam suke je ai out dri SPR..xpela kan..Allah akan gantikan org yg lebih baik drp sya.