Tuesday, July 2, 2013

Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini

Alhamdulillah..
Bertemu lagi di tinta awangan blogger NB. Wahh nape pepagi ni NB dah mula menyenamkan jari jemari NB. Opss NB baca sinar harian. Melalui pembacaan NB, terkejut juga, siapakah gerangannya. Ingat kan jabatan kecil seperti SPR ni, tiada la kes-kes beso gini. Tapi bila terbaca cenggini malu jugek. Masih ada lagi yang dahaga RM dan cetek ilmu. Tak guna la tertuduh dikaitkan cerita cenggini. Sama ada betui atau tidak NB pun kurang pasti. Ada juga tanyakan kawan-kawan yang berdekatan. Tidak tahu pula cerita ni. Aii pelik jugek padahal baru pagi ni keluar cerita ni di laman web sinar harian. So NB berkongsi aje.
SPR



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai ‘orang tengah’.

Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. “Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya,” kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13. Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

No comments: