Friday, July 19, 2013

9 Ramadhan - Ayam Kampung

Assalammualaikum..
Baru 9 Ramadhan, Ibu pun dah tak tau nak masak apa. Kol Ibu tanya nak apa-apa tak..nanti busu beli la. Ibu nak buka pose luo tapi, Ayen lak balik lambat.Tu laa. Takpela Busu ada beli ayam kampung dengan Cik Hussin. Seko RM12. Bole laa nanti balik singgah kedai beli cili api dan santan. Nak masak lemak cili api kata Ibu. Ok lah. Sampai Dengkil saje je meces Buyen tanya dah balik or balik lambat lagi. Semalam jam bape tah balik, Ke Parlimen katanya. Dah tnya.." nak balik umah Salak Tinggi skg.." papa jawab. Wow seronok. Awai beno.Masa tu baru jam 4.45 aku sampai Dengkil. Ok terus kol Ibu info takyah masak la Ibu, Ayen balik awal. Dah otwy balik umah ni. Ok cun la Ibu cakap.

Siap mandi. Jam 6.00 petang. Mak ai si Absyar ni tak balik lagi. Baby Jiran, Ibu aku jaga. Umur nya lebih kurang Naqib. Jadi kawan la tu. Dapat info papa nya daripada IJN KL,melawat par mertua czer jantung. Adoii kompem laa sampai Sepang lambat. Dah le KL tuuuuuuu. Harapan aku memang dah agak, kompem tak dapat berbuka pose luo. Jawabnya jom la berperang kat dapur. Selalu beliau amek anak jam 6.30 petang. Oklah sempat lagi la kalau kami semua nak kedai booking tempat untuk berbuka. Tapi mood dah spoil. Panas jee hati. Buka ais box. Tengok ada mee kuning. Ada idea aku nak goreng mee je. Ibu lak nak bako ayam kampung tu dengan rempah yang aku beli dengan akak Yana, kawan d agensi Mis Z. Perencah ayam bako, merah menyala memang sedap la. Rendam kan ayam lepas tu letak je di kuali dan bako. Kita bako..kita bako. Baunya serumah. Kalau setaman, kompem depan umah dah ber line up jiran-jiran. Aku goreng mee cincai boncai je. Nak cepat kan. Bila lambat ke dapur, masa semakin hampir untuk berbuka. Pasal nasi aku tak jamah dah untuk 1 bulan ni. Ya Allah syukur nye. Mula-mula memang liat. Untuk kebaikan lutut dan tumit dan badan aku sendiri serta kesihatan, Baik aku rentikan mam nasi. Bukan la tak mam langsung. Mam pun hanya 6 sudu. Aritu pun dah terbabas. Bila opis buat jamuan. nasi lemak lak tu. Mak ai. kawan sedekah nasi dagang. Rasa jugek, tapi tak banyak. So sekarang ni aku jadi vegetarian la sangat. Alhamdulillah daripada dulu aku tak suka mam sayor dan sekarang aku bertambah mam sayor. Kalau tak mam tak sah. Tapi B'young dah cukup membantu kalau sape2 yang takmo mam sayor. Ibu peknen pun bole mam B'young. kerana B'young bukan ubat. Die adalah makanan tambahan. Tak letih dan sentiasa bertenaga. Ok setop jom tengok kami berbuka puasa apa petang semalam.


Mee Goreng Kicap Manis


Jejemput goreng ( beli je gerai depan umah )


Es Melo kow

 

Ayam Masak Kicap semalam punya. Masih elok, 
dan tak elok membazir untuk Lely


Rendam dulu dengan perencah nya. 





Ayam Kampung Bako..panas-panas yang sangat enak


No comments: