Friday, July 19, 2013

RAMADAN MADRASAH TRANFORMASI HIDUP

Alhamdulillah. Jumaat minggu ke 3. Puasa pun dah yang ke 10 Ramadan. So pagi ni kami di opis SPR, ada ceramah yang didatangi khas oleh Imam Muda Asyraf. Ini adalah kali ke 2 Imam hadir memberi ceramah di SPR.

Mula jam 10.00 pagi. Imam datang lambat katanya jalan jem. Tak sabar nak mendengar ceramah daripada Imam Muda. Alhamdulillah tajuk kali ini berkenaan pada bulan Ramadan. Ako tak bape nak ingat laa bait-bait yang disampaikan kepada kami warga SPR. TApi Insya Allah ingat untuk dijadikan pedoman dan amalan. Tak ingat nak menaip ke belog ni, bukan lah tak ingat langsung. Memang seronok. Rupanya Imam Muda ni seorang yang kelakar. Beliau pandai mengambil hati para pendengar. Tu yang membuat aku dan kawan-kawan lain tak mengantok.

Sangat seronok bila Imam suka bercerita pengalaman nya belajar di Al-Azhar. Rupanya di orang-orang MEsir dan di Arab sana. Orang membaca Al-Quran tidak kira di mana-mana. Pemandu bas yang sedang memandu pun masih boleh memegang Al-Quran. Di dalam bas yang berhimpit pun masih bole membaca Al-Quran. Di mana-mana sahaja mereka di sana dengan mudah membaca Al-Quran. Kenapa kita di Malaysia tidak. Padahal semua kita umat Islam. Ako pun dah lama tidak membaca Al-Quran. Sebut sahaja di bibir tetapi hendak melakukan kenapa la liat sangat. Ya Allah..bukakanlah hatiku Ya allah. Malunye mendengar Imam Muda bercerita berkenaan orang-orang Arab dan Mesir di sana. Kalau mengikut adat nya memang la umat Islam di Malaysia penuh dengan adab dan sopan. Sunnah NABI SAW sahaja yang dapat di ikut itupun pada bulan yang mulia. Bila difikir semula kenapa tidak macam orang-orang Arab di sana kan. Merata-rata orang membawa Al-Quran. Mula rasa bersalah padaMu Ya ALLah. Insya Allah akan dimulakan.

Usai mendengar ceramah, Imam Muda Asyraf memperjelaskan mengapa beliau menjadi seorang pendakwah bukan penyanyi. Hafiz Hamidon yang mensyorkan agar IM.A menjadi seorang pendakwah dan memperdengarkan ayat-ayat suci, zikir dan syair yang berkaitan dengan Islam. Sangat seronok. Dan terus aku membeli album IM.A. Untuk menyokong beliau. Dapat laa aku bergambar kenangan bersama beliau di saat-saat hari terakhir aku di SPR.





No comments: