Monday, July 15, 2013

4 Ramadhan - Ziarah Arwah Ayah

Alhamdulillah...
As Salam semua. Muslimat n muslimat. Besyukur dapat lagi menyambur 3 Ramadhan. Jumaat lepas berbuka, myzan datang umah. Anak buah aku yang dekat dengan aku. yang lagi 2 orang jauh-jauh belaka. " Busu g kubur Atok sok ..? " Aaa..owh ye..Abah ko?..Abah koje. Oklah kita g. Cik Ayen jaga Prince, Kita g dengan nenek n princess. Wokey set.

Masya Allah. Dah lama benar aku n Ibu tak ziarah kubur Arwah Long. Dulu tiap kali Ramadhan or sebelum Ramadhan ako n Ibu akan ziarah. Bukan takmo g langsong, Tapi keadaan kawasan dah jauh. Arwah Long meninggal di Kampung Melayu Subang. Masa tu aku baru habis sekolah. Dan Arwah Long meninggal selepas 3 bulan dapat pencen. Alhamdulillah. Dapat jugek Arwah Long merasa wang pencen nya. Long adalah panggilan bagi Ayah aku. Entahlah aku n adik beradik lain memang panggil Ayah..Long. Pasal Ibu panggil kepada suaminya Long. Ayah adalah anak sulong. Itu sebab kot dipanggil Long. Dan ibu terus panggil Long untuk panggilan manja beliau. Dan cerita nya dulu. Bila kakak n abang-abang aku dengo Ibu panggil Long. TErus ngikut panggil Long. Dan Long pun bersetuju aje. So kami panggil istilah ayah Long.

Long aku meninggal tahun 1999, aku belum mulakan tugas sebagai kakitangan awam lagi. Aku bekerja swasta semasa tahun itu. Kerja di Airport Subang. Alhamdulillah gaji pertama aku dapat la bagi pada Arwah Long. Long terus berpesan supaya aku harus dan mesti dapatkan juga kerja 'Kerajaan'. Insya Allah katanya senang kendian hari. So aku dengar kata, malas nak sambung belajo, Akak ipo aku dapatkan aku kerja di Kementerian Kewangan. Alhamdulilllah 10 tahun ako di Kementerian Kewangan. Tapi sangat-sangat sedih kerana Arwah Long tidak dapat merasa gaji aku yang pertama setelah aku bergelar Kakitangan Awam. Sudah termaktub Arwah Long dipanggil Ilahi. Atas sebab 'Barah Hati'. Aku redho. Ibu aku lihat selamber aje. Relax dan tabah nya Ibu, masa itu. Ya Allah. Aku bersyukur sesangat Ibu sangat tabah. Sampaikan Ibu terkena "Badi Mayat' Arwah Long. Sayang nya aku tak tau la. Sedihnya juga aku tak nampak. Masya Allah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

TEruk aku kann. Dah tak ingat bape tahun Long pergi meninggalkan kami. Inilah tempatnya Arwah Long disemadikan. Memang hasrat Long untuk letak batu sungai menggantikan nisan yang dibuat or diukir. Long taknak. Insya Allah..batu sungai yang diambil akan sama-sama mendoakan untuk Arwah long. Nama pun dah hilang ni dah kali ke 2 ganti. May be yang kali ke 2 abg Bob aku tempah ni, pembuat tersebut menggunakan cat sahaja. Lepas tu ditampal. Jadi Insya allah akan menggantikan yang baru.





Turun sahaja daripada kereta. Princess aku tetiba menangis. Aikk nape ni..Ako riso jugek, Eh nape. Nak air ke. Kan puasa. Ingat kan dahaga ke apa..Menangis bagai nak rak. Arwah Long tak dapat anak-anak aku. Cuma dapat lihat anak-anak Alang aku aje. Si boy aku tu laa. Myzan, sedih juga kerana mereka tak dapat nak bermesra dengan Atok. Atok dah pergi selama-lamanya. " Kakak sayang Atok "..Terus -menerus si Princess nangis..



Alhamdulillah. Princess membaca Al-fatihah dan surah-surah yang dihafal. 
Dan Myzan membaca Surah Yassin.

Princess Bersama Nenek.


Ya Allah..ampunilah Dosa bapaKu. Sayangilah Bapaku sebagaimana bapaku menyayangiku sejak Kecil. Masukkanlah bapaku ke dalam golongan orang-orang yang beriman.Masukkanlah bapaku ke Syurga Ya allah.


Alhamdulillah..orang-orang yang ku sayang.


Alhamdulillah. Keadaan tanah perkuburan di Kampung Melayu Subang banyak dah berubah. Dah semakin maju daripada dulu. Keadaan pun bersih sahaja.




Alhamdulillah. Usai kami membersihkan kubur arwah. Di hiaskan jugek dengan daun pandan. Insya Allah Long. Syawal nanti kami jenguk lagi bersama cucu-cucu yang lain.

2 comments:

norey said...

Al-Fatihah..semoga arwah ditempatkan disisi orang² beriman.

Adams Ayens said...

Alhamdulillah...
terima kasih Norey..