Wednesday, July 10, 2013

BURUNG MENCARI MAKAN

Tetiba teringat nak kongsi cerita pasal Burung. Aku tak tau la burung apa yang aku nampak pagi tadi. Adoiii lemau jee nak menaip kan. Tapi aku gagahkan jari jemari gebusku untuk menari-nari atas keybord. Alhamdulillah..pes time pose aku kuo awal nok..huii awal la sangat..tapi memang selalu pun awal. Entah kenapa laa akhir-akhir ni asik lambat je. Tapi hari ini aku berjaya kua awal dari rumah. Mana taknya lepas bersahur. Solat subuh. Terus bersiap dan keluar. Hambek enko. Sampai le awai kann..kalau tak kompem bulan ni aku memang ganjil la 5x kad Merah weyy. Haaahaaahaaa..tapi itu semua dah selamat tinggal. Insya allah aku akan berubah untuk datang lagi cepat ke opis. Pasalnya dah tentu-tentu dekat kan.

Owhh dalam perjalanan aku ke opis tadi. Suasana gelap makin lama makin terang. Makin jauh makin jauh aku rasa nak ke opis. Maklumlah nanti dah tak merasa gini kan. Ok tiba aku di Presint 9 lampu isyarat. Aku berhenti. Termenung aku seketika. Hembusan angin d awal jam 7 pagi. Masih segar. Enak aje angin-angin sepoi tu. TErus tatapan aku kepada 2 ekor burung. Burung yang sedang mematuk-matuk di pangkal pokok renek di tepian jalan raya. Kan setiap jalan banyak rimbunan pokok yang renek-renek. 2 ekor burung tersebut, ku perhatian amat asyik mematuk-matuk..selepas tu ke tanah pula patuk, di ikuti pasangannya. Berulang kali. Perlakuan yang sama burung ini bikin. Lantas aku amek S2 terus aku snap kelakuan burung-burung itu. Comey je sangat. Seolah-olah burung tu bercakap sesama sendiri. Snap pertama tu xdan aku nak snap...semasa acara mematuk-matuk, cam tau je sang burung nak klik gambonya. yang pic ke dua baru nampak. Tapi cam kaburan la sket. May b suasana baru nak  terang menderang. 



Begitulah kehidupan manusia. Sesama kita mencari rezeki di pagi hari. Dan pulangnya petang hinggalah tenggelam mentari. Berulang kali putaran kehidupan manusia kan. Semoga daripada gambaran ini banyak membawa seribu pengertian. Sama-samalah kita menempuhi nya.

No comments: